• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahasiswa Orang Asli Dinobat Tokoh Inklusif Siswa, Pernah Daki Bukit Demi Kelas Online

oleh Damu
04/10/2025
dalam Berita
0
Mahasiswa Orang Asli Dinobat Tokoh Inklusif Siswa, Pernah Daki Bukit Demi Kelas Online
Share on FacebookShare on Twitter

Kisah perjuangan Eris Joshan A/L Chew Ho Beng wajar dijadikan inspirasi buat orang ramai terutamanya para pelajar yang kini sedang menempuh pengajian di menara gading.

Mahasiswa Universiti Pertahanan Awam Nasional (UPNM) ini melakar sejarah apabila muncul sebagai anak Orang Asli pertama yang menerima anugerah Tokoh Inklusif Siswa di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Makna kemenangan ini buat diri

Menerusi temubual bersama Eris, pengiktirafan tersebut bukan sekadar kejayaan peribadi, malah ia tanda bahawa masyarakat Orang Ali juga mampu berdiri sama tinggi dengan bangsa lain.

“Kemenangan pada malam ini bukan sepenuhnya milik saya kerana ia adalah  satu refleksi untuk masyarakat saya sendiri iaitu satu pengikhtirafan daripada KPT bahawa mahasiswa Orang Asli juga boleh bersaing dengan mahasiswa daripada kaum-kaum yang lain dan mampu seiring serta duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan mereka,” ujarnya.

Pernah bangun seawal pagi, daki bukit untuk cari internet

Bercerita tentang cabaran yang pernah dilalui demi menimba ilmu, Eris berkongsi kenangan paling sukar sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Jelasnya, tempat tinggalnya iaitu Kampung Kuala Senta, Bidor, Perak tiada capai internet, jadi beliau perlu mencari jalan bagaimana caranya agar dapat mengikuti kelas secara atas talian.

Dengan berbekalkan telefon Samsung jenis lama, dia usahakan diri untuk bangun awal pagi dan menaiki bukit menggunakan motosikal bapa demi mendapatkan capai internet.

“Jadi saya kena bangun pagi, seawal enam pagi untuk naik ke atas bukit menggunakan motosikal ayah saya semata-mata untuk mengikuti kelas online pada masa tersebut.”

Kata-kata ibu jadi pegangan

Eris mengakui pernah hampir berputus asa dan meminta izin kepada ibunya supaya tidak meneruskan pengajian disebabkan masalah kewangan dan pelbagai kekangan lain.

Namun, kata-kata dorongan daripada insan tersayang kembali membangkitkan semangatnya.

“Sebab dengan pengalaman ini barulah saya faham rupanya kesusahan tu built me to be resilient and grateful for all the privileges I had.”

Semangat dari keluarga & komuniti

Selain ibu, Eris mendedahkan ahli keluarganya  juga merupakan sumber inspirasi utama untuk terus mengorak langkah menjadi insan bermanfaat.

 Empat orang ibu dan bapa saudaranya merupakan Insan Kelainan Upaya (OKU pembelajaran) dan gemar mendengar dia membaca buku sejak kecil.

“Masa kecil dulu saya tertanya-tanya kenapa kena baca buku? Rupa-rupanya mereka tiada kebolehan untuk membaca buku kerana mempunyai masalah pembelajaran.

“Jadi setiap kali saya membaca buku cerita, baca buku text, diorang akan rasa seronok dan seperti kagum dengan jalan ceritanya.

Sejak dari itu, beliau sedar betapa pentingnya pelajaran dan membuka matanya bahawa dengan ilmu kita mampu mengubah nasib keluarga.

Harapan untuk masa depan

Kini, Eris yang berkhidmat bersama Malaysia Airlines (Malaysia Aviation Group) bersyukur kerana bukan sahaja dapat membantu keluarga, malah memberi kembali kepada komuniti Orang Asli melalui pelbagai inisiatif.

Meskipun menyedari masyarakat Orang Asli masih memerlukan lebih perhatian, Eris tetap optimis bahawa perubahan boleh berlaku melalui pendidikan dan usaha berterusan.

“Saya percaya kebaikkan itu akan menjadi seperti rantaian kerana suatu hari nanti akan dan pasti bahawa Orang Aslii juga setaraf dengan masyarakat lain di Malaysia.” katanya.

Beliau turut menitip pesanan buat para pelajar lain supaya jangan pernah rasa terpinggir hanya kerana latar belakang yang berbeza.

Kisah Eris membuktikan bahawa kesusahan bukanlah penghalang, sebaliknya batu loncatan untuk bangkit lebih kuat.

ATSN iktiraf bakat kepimpinan mahasiswa

Sekadar info, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menganjurkan  Anugerah Tokoh Siswa Negara (ATSN) sebagai usaha mengiktiraf bakat mahasiswa dan mengangkatnya sebagai anugerah nasional tertinggi buat mahasiswa.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah menyempurnakan  majlis berprestij  yang memasuki penganjuran kali ke-9 ini memaklumkan bahawa Objektif utama penganjuran ATSN 2025 adalah bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan mahasiswa dan badan pelajar IPT, memupuk semangat nasionalisme, meningkatkan kebolehsaingan serta melahirkan pewaris kepimpinan negara.

“…kita menganjurkan program ini bagi merangsang bakat mereka dan dalam masa yang sama, mencungkil bakat-bakat yang ada dalam diri mereka.

“Kita ketengahkan ke kalangan khalayak untuk kita lihat bagaimana mereka ini sebenarnya mempunyai potensi- potensi besar untuk menjadi pemimpin dalam negara ataupun dalam kapasiti masing-masing dalam sektor mungkin apa yang apa saja yang mereka ceburi nanti. 

“Jadi dengan adanya program seperti ini kita memberi pengiktirafan kepada mereka,” ujar beliau sewaktu ditemui dalam sidang media selepas ATSN.

Dikesempatan itu, beliau dengan sukacita mengucapkan tahniah kepada para pemenang diatas pengikhtirahan yang diraih.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menggerakkan ATSN dengan jayanya.

“Jadi saya ucapkan tahniah dan terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program besar ini bagi di kalangan gerakan mahasiswa di peringkat kepimpinan mahasiswa. 

“Malam ini adalah malam yang amat bermakna buat mereka semua. Okey, kita dapat lihat pada malam ini,” katanya lagi.

Share226Tweet141SendShare

Related Posts

‘Tangkap Azam Baki 2.0’ Dijadual Ahad Ini Di Sogo Kuala Lumpur

‘Tangkap Azam Baki 2.0’ Dijadual Ahad Ini Di Sogo Kuala Lumpur

13/02/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu perhimpunan dikenali sebagai “Himpun dan Lawan: #TangkapAzamBaki” dijadual berlangsung pada Ahad, 15 Februari 2026, jam 4...

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

13/02/2026
0

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd