• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akaun TikTok Salah Guna Gambar Tengku Permaisuri Selangor, Istana Lapor Polis

oleh Mohd Arshad
19/09/2025
dalam Terkini
0
Akaun TikTok Salah Guna Gambar Tengku Permaisuri Selangor, Istana Lapor Polis
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Istana Selangor membuat laporan polis terhadap akaun palsu di TikTok yang menyalahgunakan gambar Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dengan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menurut kenyataan Selangor Royal Office hari ini, Pejabat Sultan Selangor dimaklumkan mengenai kewujudan akaun palsu berkenaan dan satu laporan polis dibuat.

“Akaun terbabit turut dilihat menyalahgunakan gambar individu serta tokoh lain bagi tujuan menipu pengguna media sosial,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai dinasihatkan lebih berwaspada dengan kewujudan akaun palsu sedemikian di semua platform media sosial serta sentiasa memastikan kesahihan sesuatu maklumat sebelum terpedaya dengan taktik penipuan oleh ‘scammers’.

Pejabat Sultan Selangor turut menggesa pengguna supaya segera melaporkan kepada pihak pengendali aplikasi sekiranya mengesan sebarang akaun mencurigakan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan pihak Istana Selangor membuat laporan di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam.

BHonline-

Tags: laporan polissalah guna gambarTengku Permaisuri Selangor
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa Ahli Parlimen PAS Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik...

Pemuda Pas Rancang Himpunan Pertahankan Tuanku Sultan Selangor

Pemuda Pas Rancang Himpunan Pertahankan Tuanku Sultan Selangor

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas merancang untuk mengadakan 'Himpunan Mempertahankan DYMM Tuanku Sultan Selangor' Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd