• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Sumbang AS$50,000 Bantu Mangsa Gempa Afghanistan

oleh Mohd Arshad
18/09/2025
dalam Terkini
0
Malaysia Sumbang AS$50,000 Bantu Mangsa Gempa Afghanistan
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA– Malaysia menyumbang AS$50,000 kepada Afghanistan susulan kejadian gempa bumi berkekuatan 6 magnitud yang melanda wilayah Kunar dan Nangarhar baru-baru ini.

Sumbangan menerusi Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri (TBKLN) itu disampaikan oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan melalui Organization of Malaysian Afghanistan Initiative (OMAI), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia, di sini pada Khamis.

“Malaysia menzahirkan solidariti bersama rakyat Afghanistan berikutan bencana gempa bumi yang telah mengorbankan banyak nyawa, menyebabkan perpindahan besar-besaran serta kemusnahan serius terhadap infrastruktur dan sumber kehidupan.

“Walaupun Malaysia tidak mengiktiraf pentadbiran semasa di Kabul, kerajaan tetap teguh dalam meneruskan penglibatan konstruktif dengan rakyat Afghanistan,” kata Wisma Putra dalam satu kenyataan.

Menurut kementerian itu, melalui kerjasama dengan NGO, Malaysia dapat memastikan bantuan disampaikan dengan berkesan serta sejajar dengan prinsip kemanusiaan antarabangsa.

“Malaysia akan terus bersama-sama masyarakat antarabangsa dalam menggembleng usaha bantuan kemanusiaan, sekali gus mengesahkan peranannya sebagai warga global yang bertanggungjawab serta komited terhadap keamanan, kestabilan dan maruah manusia,” katanya.

TBKLN ditubuhkan pada tahun 2006 sebagai platform khusus untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada komuniti yang terjejas akibat bencana di seluruh dunia.

Gegaran besar pada 31 Ogos lalu telah meragut 2,200 nyawa dan menyebabkan 3,600 orang cedera.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa hampir separuh daripada jumlah korban adalah kanak-kanak, dengan sekurang-kurangnya 1,182 mangsa maut.

Selain itu, lebih 8,000 rumah musnah dan 441 kampung terjejas. Sekitar 306 bangunan sekolah rosak atau musnah, sekali gus menjejaskan lebih 157,000 pelajar.

-Sinar Harian

Tags: Gempa AfghanistanMalaysia
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil mengingatkan semua pihak bahawa Malaysia adalah negara Islam. Beliau menerusi satu...

Kisah “Samurai Yang Hilang Arah”, Temui Makna Di Medan Perang Afghanistan

Kisah “Samurai Yang Hilang Arah”, Temui Makna Di Medan Perang Afghanistan

28/04/2026
0

DALAM dunia moden yang dipenuhi rutin pejabat, tekanan hidup dan norma sosial yang menuntut keseragaman, kisah seorang lelaki Jepun ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd