• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mengapa Malaysia Tidak Jadi Seperti Indonesia Dan Nepal?

oleh Mohd Arshad
16/09/2025
dalam Terkini
0
Mengapa Malaysia Tidak Jadi Seperti Indonesia Dan Nepal?
Share on FacebookShare on Twitter

Pertama sekali, tidak ada keperluan untuk Malaysia menjadi seperti kedua negara berkenaan.

Di Malaysia, secara umum semua rakyat ada kerja dan cukup makan minum serta kebajikan rakyat dijaga sejak Merdeka hingga sekarang.

Walaupun berubah-ubah kerajaan, keselesaan rakyat tetap menjadi matlamat mana-mana kerajaan yang mentadbir.

Bila semuanya cukup, maka marah serta tidak puas hati rakyat pun terkawal. Tiada keperluan mengubah kerajaan dengan keganasan.

Selain pada masyarakat kita adalah terpelajar dan beradab.

Namun faktor yang lebih penting ialah kewujudan sistem semak dan imbang yang ada di negara ini.

Ia merujuk kepada kewujudan Raja-raja kita yang walaupun tidak memiliki kuasa yang terlalu besar dalam pentadbiran negara, namun memiliki kedudukkan dan pengaruh yang membawa kesan positif kepada hala tuju pentadbiran.

Bila masa Malaysia menuju ke arah yang agak bergolak atau kebuntuan politik, raja-raja kita akan menjadi benteng pembetulan yang adil dan saksama.

Ambil contoh selepas Pilihan Raya Umum ke-15 apabila berlaku deadlock dalam pembentukkan kerajaan, YDPA ketika itu menjadi orang tengah yang menyelesaikan segala kekusutan yang wujud.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah menjelaskan dengan berani dan lantang mengenai peranan Raja-raja dalam satu status di Facebook baginda kira-kira lima tahun yang lepas.

Baginda ketika itu menzahirkan kebijaksanaan Raja-Raja Melayu untuk menjaga kestabilan negara serta melindunginya daripada ancaman orang-orang yang tamak dan menggilai kuasa demi kepentingan peribadi.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, sistem beraja yang mana Raja-Raja Melayu menjadi penting untuk berfungsi memberi kelebihan semak dan imbang dalam pentadbiran negara.

“Situasi sekarang adalah petunjuk jelas yang menunjukkan apa yang akan berlaku bila kuasa mentadbir diberikan sepenuhnya kepada orang-orang politik sahaja.

“Di dalam situasi hari ini apa yang paling penting adalah kebajikan rakyat harus sentiasa diutamakan dan pemulihan ekonomi dapat terus bergerak dengan lancar.

“Semoga Allah memberkati kebijaksanaan Raja-Raja Melayu untuk menjaga kestabilan negara dan melindungi negara daripada ancaman orang-orang yang tamak dan menggilakan kuasa demi kepentingan peribadi.

“Inilah pentingnya sistem beraja di mana Raja-Raja Melayu berfungsi memberi kelebihan “check & balance” dalam pentadbiran negara. Doa dan harapan saya adalah Kestabilan. Semoga Allah sentiasa memberkati Raja-Raja Melayu,” titah Baginda.

Jelas dan tepat.

Walaupun ditulis beberapa tahun lepas dalam situasi politik yang mungkin berlainan sedikit ketika itu, namun hakikat dan intipati yang disampaikan Baginda masih tetap sama.

Kita ada benteng tambahan yang menjaga kita bila wujudnya keperluan.

Di kebanyakkan negara termasuk yang disebut dalam tajuk rencana ini, ahli politik dan kerajaan mereka memiliki kuasa pentadbiran hampir mutlak yang membolehkan mereka melaksana apa sahaja yang menguntungkan ahli politik melebihi rakyat.

Hari ini, kita menyambut Hari Malaysia….di bawah naungan raja-raja kita…maka bersatu la semua rakyat pelbagai kaum dan agama di seluruh negara dengan tenang serta bahagia.

Yakin bahawa ada satu lagi kuasa selain politik yang telah, sedang dan akan terus menjaga kita semua.

SELAMAT HARI MALAYSIA

DAULAT TUANKU

-MYNEWSHUB

Tags: Hari MalaysiaIndonesiaMalaysiaNEPAL
Share230Tweet144SendShare

Related Posts

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia mengecam keras serangan oleh rejim Israel di Gaza yang mengakibatkan kematian orang awam yang tidak berdosa,...

‘Indonesia Kaya Tapi Rakyat Masih Ramai Miskin’-Prabowo

‘Indonesia Kaya Tapi Rakyat Masih Ramai Miskin’-Prabowo

11/01/2026
0

JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, meluahkan keprihatinan mendalam terhadap realiti negaranya yang kaya dengan sumber daya alam, namun masih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd