• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

oleh Mohd Arshad
01/09/2025
dalam Jenayah
0
Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat
Share on FacebookShare on Twitter

Melaka: Lapan pasangan dicekup berkhalwat menerusi Operasi Cegah Jenayah Syariah (OCJS) di beberapa hotel sekitar Bandaraya Melaka, awal pagi semalam.

Seorang daripada lelaki ditahan adalah duda berusia 65 tahun, manakala pasangannya, ibu tunggal berusia 49 tahun, ketika mereka didapati bersekedudukan di dalam bilik sebuah hotel.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, lelaki warga emas itu sanggup datang dari Segamat, Johor, demi bertemu pasangannya yang berniaga kedai makan di negeri ini.

Menurutnya, hasil soal siasat, lelaki itu memberikan alasan menziarahi ibu pasangannya yang sakit sebelum mereka ke pusat bandar menyaksikan pertunjukan bunga api sempena sambutan Hari Kebangsaan.

“Mereka mengakui mendaftar masuk hotel untuk berehat selepas kepenatan menyambut ambang merdeka dan berhasrat menonton perbarisan keesokannya (31 Ogos).

“Kedua-duanya merayu supaya tidak diambil tindakan kerana malu jika diketahui oleh anak-anak yang sudah dewasa,” katanya dalam kenyataan.

Rahmad berkata, menerusi operasi Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) melalui Bahagian Penguatkuasaan bermula 12.30 pagi hingga 5 pagi itu, pihaknya turut menahan pasangan kekasih warga Indonesia berusia 25 dan 27 tahun.

Katanya, pasangan yang masih bujang itu masing-masing bekerja sebagai operator pengeluaran kilang di Muar, Johor dan di Batu Berendam, di sini.

“Lelaki itu datang ke Melaka sempena cuti hujung minggu dan menginap di hotel untuk melepaskan rindu bersama kekasihnya kerana mereka jarang dapat berjumpa atas faktor lokasi berjauhan dan kesibukan bekerja,” katanya.

Beliau berkata, keseluruhannya, 16 individu berusia 25 hingga 65 tahun ditahan iaitu lima warga tempatan dan 11 bukan warganegara kerana bersekedudukan tanpa ikatan sah.

“Tindakan diambil mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka (EKSNM) 1991, jika disabitkan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya,” katanya memaklumkan semua pasangan dilepaskan dengan jaminan selepas diambil keterangan.

-Harian Metro

Tags: Dudaibu tunggalkhalwatwarga emas
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

Anak Dara Berkain Batik Ditahan Berkhalwat Dengan Duda Dalam Khemah

Anak Dara Berkain Batik Ditahan Berkhalwat Dengan Duda Dalam Khemah

01/01/2026
0

KLUANG: Seorang lelaki berstatus duda ditahan berkhalwat bersama seorang wanita dalam khemah yang dipasang di ruang tamu sebuah rumah pusaka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd