• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Gugurkan Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Sempena Hari Kemerdekaan

oleh Mohd Arshad
18/08/2025
dalam Terkini
0
Indonesia Gugurkan Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Sempena Hari Kemerdekaan
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA: Tentera Nasional Indonesia (TNI) berjaya melaksanakan penghantaran bantuan kemanusiaan melalui guguran udara untuk rakyat Palestin di Semenanjung Gaza pada Ahad sempena sambutan Ulang Tahun ke-80 Kemerdekaan Indonesia.

“Kejayaan ini akan tercatat dalam buku sejarah kita dan menjadi hadiah istimewa sempena ulang tahun ke-80 Republik Indonesia,” kata Ketua Biro Penerangan Pertahanan Kementerian Pertahanan, Brigedier Jeneral Frega Wenas di sini pada Isnin, lapor agensi berita ANTARA.

Operasi itu dilaksanakan oleh Pasukan Petugas “Garuda Merah Putih II” TNI menggunakan dua pesawat C-130J Super Hercules yang membawa 800 tan bekalan logistik, terdiri daripada makanan, ubat-ubatan, dan pakaian.

Pesawat tentera C-130 itu berlepas dari Pangkalan Udara King Abdullah II di Amman, Jordan pada 10.37 pagi waktu tempatan, menuju ke arah barat daya Gaza.

Ketua biro penerangan itu menyatakan bahawa bantuan itu digugurkan di 10 lokasi di Gaza yang dikenal pasti selamat.

“Selepas melakukan guguran udara, kedua-dua pesawat mendarat dengan selamat di pangkalan udara pada 12.25 tengah hari waktu Jordan,” kata Wenas.

Beliau menyatakan bahawa pengguguran bantuan itu dilaksanakan melalui kerjasama antara TNI, Kementerian Luar dan Badan Amil Zakat Nasional (Baznas).

Sementara itu, Komander Pasukan Petugas “Garuda Merah Putih II” Kolonel Puguh Yulianto menyatakan misi guguran udara itu berjaya disempurnakan.

Beliau berkata, misi itu dijalankan atas arahan langsung daripada Presiden Prabowo Subianto dan mencerminkan komitmen Indonesia untuk mendukung solidariti kemanusiaan antarabangsa.

-Berita Harian

Tags: bantuan kemanusiaanGazaIndonesia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd