• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taikun Hotel Malaysia Terlepas Hukuman Penjara Di Singapura

oleh Mohd Arshad
15/08/2025
dalam Terkini
0
Taikun Hotel Malaysia Terlepas Hukuman Penjara Di Singapura
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Seorang taikun hotel Malaysia yang membantu untuk membawa Formula One (F1) ke Singapura terlepas hukuman penjara, namun dikenakan denda pada Jumaat kerana menghalang proses keadilan.

Jutawan berpusat di Singapura, Ong Beng Seng, 79, berdepan denda S$30,000 (RM98,668) hampir dua minggu selepas beliau mengaku bersalah di bawah kes yang menyaksikan bekas Menteri Pengangkutan, S Iswaran dihukum penjara kerana menerima hadiah bernilai lebih S$400,000 (RM1.3 juta).

Beng Seng yang menghidap barah tidak boleh dirawat telah didakwa pada Oktober 2024 atas kesalahan bersubahat dengan Iswaran untuk menutup bukti siasatan kes oleh Biro Antirasuah Singapura.

Hakim Daerah Utama, Lee Lit Cheng berkata, keadaan kesihatan Beng Seng wajar diberi belas kasihan dan hukuman penjara akan memberi risiko yang tinggi kepadanya.

Defendan memiliki Hotel Properties Limited berpusat di Singapura dan merupakan pemegang hak kepada perlumbaan F1 Grand Prix di negara itu.

Beng Seng dan Iswaran memainkan peranan penting dalam membawa acara berprestij itu ke Singapura pada 2008.

-Sinar Harian

Tags: Penjarataikun
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd