• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Kekal Sokong Palestin Merdeka Tanpa Sebarang Prasyarat – Mohamad

oleh Mohd Arshad
08/08/2025
dalam Terkini
0
Malaysia Kekal Sokong Palestin Merdeka Tanpa Sebarang Prasyarat – Mohamad
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Malaysia kekal menyokong sepenuhnya pembentukan sebuah negara Palestin yang merdeka tanpa sebarang prasyarat, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Bagaimanapun, beliau berkata Malaysia kurang selesa dengan Deklarasi New York yang menetapkan prasyarat ke arah mendapatkan sebuah negara Palestin yang merdeka.

“Kita nak supaya sebuah negara Palestin yang merdeka. Dapatkan negara Palestin yang merdeka dulu dan selepas itu, siapa yang mentadbir negara Palestin, itu hak mereka. Kita tak masuk campur,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari ASEAN ke-58 yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini pada Jumaat.

Mohamad berkata Malaysia kurang selesa dengan deklarasi berkenaan kerana mengandungi prasyarat yang tidak selari dengan pendirian dasar luar.

“Kita (Malaysia) memang dari dulu menyokong Palestin yang merdeka. Tetapi kita kurang selesa dengan Deklarasi New York dengan hasilnya,” katanya.

Ditanya sama ada Malaysia akan mengemukakan rasa tidak selesa itu secara rasmi ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mohamad berkata tiada perbincangan rasmi berhubung dokumen yang dibuat dibuat secara perbincangan meja bulat.

Beliau berkata walaupun 122 negara termasuk Malaysia menyokong usul tersebut di PBB tetapi proses penyediaan dokumen akhir hanya melibatkan perbincangan meja bulat membabitkan tujuh hingga lapan negara tanpa penglibatan penuh semua anggota PBB.

Pada 31 Julai lepas, persidangan peringkat tinggi PBB mengenai penyelesaian aman isu Palestin berakhir dengan penerimaan dua dokumen utama iaitu “Seruan New York Call” dan “Deklarasi New York” yang menyokong penyelesaian dua negara.

Namun, kedua-dua dokumen itu gagal menyentuh punca sebenar konflik iaitu pendudukan haram Israel di Palestin.

-Bernama

Tags: MalaysiamerdekaPalestin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil mengingatkan semua pihak bahawa Malaysia adalah negara Islam. Beliau menerusi satu...

Malaysia Menyatukan Pelbagai Negara Dan Bangsa Lain

Malaysia Menyatukan Pelbagai Negara Dan Bangsa Lain

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia kini menjadi sebuah negara yang menyatukan pelbagai negara dan bangsa lain atas semangat keamanan. Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd