• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Na’imah Tuntut Keadilan Laporan Polis Berstatus NFA

oleh Mohd Arshad
23/06/2025
dalam Terkini
0
Na’imah Tuntut Keadilan Laporan Polis Berstatus NFA
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak pembelaan isteri bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin menegaskan tidak akan berdiam diri dalam menuntut keadilan, selepas laporan polis Toh Puan Na’imah Abdul Khalid diklasifikasikan sebagai ‘tiada tindakan lanjut’ (NFA).

Menerusi kenyataan media, peguam Rajesh Nagarajan dan Sachpreetraj Singh Sohanpal yang mewakili Na’imah, 68, berkata usaha itu akan diteruskan sehingga kebenaran didedahkan dan keadilan ditegakkan.

Kenyataan itu merujuk kepada sebuah artikel yang dikeluarkan oleh media luar negara berhubung keputusan pihak berkuasa mengeluarkan notis NFA terhadap laporan polis yang dibuat oleh Na’imah pada 30 September tahun lalu.

“Keputusan NFA ini yang dimaklumkan kepada kami melalui surat bertarikh 21 Jun lalu, adalah sesuatu yang tidak boleh diterima, mengejutkan, dan bertentangan dengan prinsip tadbir urus serta kedaulatan undang-undang,” kata kenyataan tersebut.

Peguamnya memaklumkan, keputusan NFA itu pula dibuat hanya beberapa hari selepas Na’imah mengemukakan aduan kepada Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) mengenai kegagalan berterusan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap laporannya.

Menurut mereka, tiada maklumat diberikan mengenai individu yang telah disoal siasat, langkah-langkah yang telah diambil, atau alasan sebenar di sebalik keputusan NFA tersebut.

“Walaupun laporan polis anak guam kami mempunyai implikasi kepentingan awam yang serius, namun pihak berkuasa memilih untuk menutup kes secara senyap tanpa sebarang penjelasan atau akauntabiliti,” jelas kenyataan itu lagi.

Pada Khamis minggu lalu, Na’imah membuat laporan kepada IPCC berhubung dakwaan kegagalan polis untuk bertindak terhadap laporan terdahulu yang berkaitan dengan sebuah artikel terbitan luar negara.

Beliau mendakwa, selepas sembilan bulan laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, tiada sebarang perkembangan diterima, malah tiada panggilan daripada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

SinarHarian-

Tags: laporan polisNa’imahNFA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa Ahli Parlimen PAS Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik...

Pemuda Pas Rancang Himpunan Pertahankan Tuanku Sultan Selangor

Pemuda Pas Rancang Himpunan Pertahankan Tuanku Sultan Selangor

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas merancang untuk mengadakan 'Himpunan Mempertahankan DYMM Tuanku Sultan Selangor' Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd