• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Makanan Kegemaran Meningkat Hampir Dua Kali Sejak 13 Tahun Lalu – DOSM

oleh AK-47
30/04/2025
dalam Terkini
0
Harga Makanan Kegemaran Meningkat Hampir Dua Kali Sejak 13 Tahun Lalu – DOSM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Harga makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti roti canai, nasi lemak dan sate meningkat hampir dua kali sejak 13 tahun lalu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dalam laporannya bertajuk Analisis Indeks Harga Pengguna (IHP) Tahunan 2024 memaparkan harga roti canai meningkat 71.1 peratus daripada purata harga 90 sen sekeping pada 2011 kepada RM1.54 pada 2024, manakala harga nasi lemak naik 81.3 peratus daripada RM2.03 sepinggan kepada RM3.68 pada 2024.

Harga sate ayam pula meningkat lebih dua kali, melonjak sebanyak 113.7 peratus daripada 51 sen secucuk pada 2011 kepada RM1.09 tahun lalu.

Laporan itu antara lainnya turut memaklumkan bagi perbandingan tempoh yang sama, bawang besar yang diimport dari India turut mencatat peningkatan ketara 139.4 peratus daripada RM2.89 kepada RM6.92 sekilogram.

Bahan keperluan harian lain yang turut dianalisis dalam laporan itu menyaksikan harga santan segar meningkat daripada RM7.39 sekilogram pada 2011 kepada RM11.54 pada 2024 manakala kelapa parut naik daripada RM5.18 sekilogram pada 2011 kepada RM8.33 tahun lalu..

Sementara itu, dalam tempoh antara 2011 dan 2024, daging lembu tempatan meningkat hampir dua kali daripada RM19.05 kepada RM37.84 sekilogram.

Bagaimanapun, kerang menunjukkan peningkatan harga paling ketara dengan lonjakan 400.3 peratus, daripada RM3.04 kepada RM15.21 sekilogram.

DOSM hari ini melaporkan inflasi Malaysia meningkat dengan kadar perlahan 1.8 peratus pada 2024 daripada 2.5 peratus pada 2023 dengan mata indeks mencatatkan 132.8 berbanding 130.4 pada tahun sebelumnya.

Menurutnya, berdasarkan data Tinjauan Ekonomi Dunia Tabung Kewangan Antarabangsa bagi April 2025, inflasi negara adalah selari dengan kadar inflasi global sebanyak 5.7 peratus pada 2024, lebih perlahan berbanding 6.6 peratus yang direkodkan pada 2023.

-Berita Harian

Tags: DOSMharga makananmeningkat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Landa Barat Daya New Zealand

Next Post

Saya Bukan Ditahan, Polis Datang Lerai Pertelingkahan – Saiful Apek

Related Posts

Kadar Pengangguran Turun 3.1 Peratus – DOSM

Kadar Pengangguran Turun 3.1 Peratus – DOSM

11/03/2025
0

Putrajaya: Bilangan penganggur pada Januari 2025 menurun kepada 533,800 orang, dengan kadar pengangguran 3.1 peratus, menurut Statistik Tenaga Buruh Januari...

Mangsa Banjir Meningkat 10,000 Dalam Tempoh Dua Jam, Kini Cecah 130,957

Mangsa Banjir Meningkat 10,000 Dalam Tempoh Dua Jam, Kini Cecah 130,957

30/11/2024
0

SHAH ALAM - Mangsa banjir di seluruh negara meningkat hampir 10,000 dalam tempoh dua jam, menjadikan jumlah keseluruhannya 130,957 dengan...

Next Post
Saya Bukan Ditahan, Polis Datang Lerai Pertelingkahan – Saiful Apek

Saya Bukan Ditahan, Polis Datang Lerai Pertelingkahan - Saiful Apek

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd