• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

oleh Mohd Arshad
15/04/2025
dalam Terkini
0
Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan penggunaan pakaian menyerupai kostum tertentu oleh sekumpulan pelajar di Kampus Dengkil baru-baru ini adalah sebagai sebahagian daripada tugasan akademik.

UiTM dalam satu kenyataan memaklumkan, ia adalah tugasan oleh pelajar Pusat Asasi UiTM bagi sesi pembentangan kursus `Contemporary Global and Legal Issues’.

Katanya, tugasan berkenaan bertujuan menggalakkan pemikiran kritikal dan kesedaran pelajar terhadap isu-isu hak asasi manusia di peringkat antarabangsa.

“Dalam sesi tersebut, pelajar memilih untuk membentangkan isu berkaitan diskriminasi kaum dan kebencian berasaskan warna kulit, yang juga antara pelanggaran hak asasi manusia yang pernah berlaku di beberapa negara.

“Kostum serta elemen visual yang digunakan bertujuan membantu meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap topik yang dibentangkan, serta memberi gambaran lebih menyeluruh dari perspektif sejarah dan global.

“Pendekatan visual yang digunakan adalah sebahagian daripada kaedah pedagogi bagi menyokong penyampaian berimpak tinggi dalam kelas, selaras dengan objektif kursus yang mendorong pemikiran analitik serta kesedaran sivik dalam kalangan pelajar,” kata UiTM dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa gambar yang memaparkan sekumpulan individu dipercayai pelajar UiTM Kampus Dengkil yang mengenakan jubah mirip Ku Klux Klan (KKK).

UiTM berkata pensyarah dan pihak fakulti yang bertanggungjawab turut memastikan pembentangan dijalankan secara terkawal dan berlandaskan prinsip akademik, tanpa menyentuh sebarang sensitiviti berkaitan agama, budaya mahupun perkauman.

“Untuk makluman, tiada sebarang elemen penghinaan terhadap mana-mana agama disebut atau dibincangkan sepanjang sesi tersebut berlangsung,” katanya.

UiTM turut menegaskan pihaknya sentiasa menitikberatkan nilai sejagat seperti toleransi, hormat-menghormati dan kepekaan antara budaya dalam semuaaktiviti akademik dan kokurikulum.

Katanya, institusi itu kekal komited terhadap pendekatan pendidikan yang bertanggungjawab, beretika, dan berorientasikan pemikiran kritikal demi membentuk generasi pelajar yang matang dan peka terhadapisu global.

“Kami berharap penjelasan ini dapat memperjelaskan keadaan sebenar dan menamatkan salah tafsir terhadap tugasan yang dijalankan.

“UiTM akan terus memperkasakan pengalaman pembelajaran pelajar secara holistik dan menyeluruh,” katanya.

UiTM meminta semua pihak menilai insiden seperti ini dalam kerangka akademik dan tidak menafsirkannya di luar konteks asal, selaras dengan semangat pendidikan inklusif dan dinamik yang menjadi tunjang pengajian tinggi negara.

-Berita Harian

Tags: KKKUiTM
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

12/10/2024
0

DUNGUN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu bersedia mengatur pertemuan antara suami wanita yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan tiga pelajar...

Wanita Sebabkan Kematian Tiga Penuntut UiTM Direman

Wanita Sebabkan Kematian Tiga Penuntut UiTM Direman

10/10/2024
0

Kuala Terengganu : Wanita dipercayai pesakit mental yang merempuh dua motosikal sehingga menyebabkan kematian tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd