• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

oleh Mohd Arshad
12/10/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu bersedia mengatur pertemuan antara suami wanita yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan tiga pelajar universiti itu dengan semua keluarga mangsa.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bagaimanapun, Unit Komunikasi Korporat UiTM cawangan Terengganu dalam kenyataan hari ini, berkata pertemuan itu perlu dilakukan pada masa sesuai buat ketiga-ketiga keluarga mangsa.

“Buat masa ini, keluarga semua mangsa terbabit perlu diberi ruang menghadapi kehilangan anak mereka,” kata kenyataan itu.

Media semalam melaporkan, suami kepada wanita terbabit dalam kemalangan itu, Azhar Ahmad, 53, yang mewakili isterinya memohon maaf kepada semua keluarga mangsa yang kehilangan anak akibat kemalangan maut itu.

Susulan itu, katanya, dia berharap pihak UiTM dapat membantunya bertemu dengan semua ahli keluarga terbabit sekiranya mereka bersedia dengan permohonan maafnya itu.

Dalam kemalangan kira-kira jam 7.20 malam Rabu lalu, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV dipandu seorang wanita merempuh dua motosikal ditunggang empat pelajar universiti terbabit dari arah belakang.

Kemalangan itu mengorbankan tiga pelajar iaitu Ku Adib Aizab Ku Azmi,20; Khairul Anwar Jamaluddin, 20; dan Muhammad Akmal Md Tukirin,25, manakala seorang lagi mangsa, Muhammad Ammar Danish Mohamad Ridhuan,20, cedera dan masih dirawat di Hospital Dungun.

Berikutan kemalangan itu, polis menahan reman wanita berusia 49 tahun yang memandu SUV terbabit untuk siasatan lanjut.

BHonline-

Tags: kemalanganUiTM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

08/05/2026
0

BATU PAHAT – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga...

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub MENTAKAB – Seorang penunggang motosikal dipercayai pelajar sekolah mengalami kecederaan serius selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd