• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Tiga Hari Untuk Pendakwa, Peguam Bela Berhujah Kes Polis Bunuh Pelajar’

oleh Mohd Arshad
14/04/2025
dalam Terkini
0
‘Tiga Hari Untuk Pendakwa, Peguam Bela Berhujah Kes Polis Bunuh Pelajar’
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH: Mahkamah Tinggi di sini, menetapkan tiga hari iaitu 16 hingga 18 Julai ini untuk mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan berhubung kes pegawai kanan polis, Deputi Superintendan Mohd Nazri Abdul Razak yang dituduh membunuh pelajar, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, dua tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Nasrul Hadi Abdul Ghani, ketika dihubungi, berkata tarikh itu ditetapkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nazratul Natrah, dalam prosiding secara dalam Zoom ketika sebutan untuk pengurusan kes itu pagi tadi.

Pada prosiding hari ini, ia turut disertai TPR M Mognaraj, manakala peguam Aiman Hakim Kamaruzzaman selaku pihak pembelaan.

Pada 17 Januari lalu, Hakim Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet menetapkan hari ini untuk sebutan semula kes melalui Zoom bagi menentukan tarikh hujahan lisan sebelum mahkamah memutuskan sama ada membebaskan Mohd Nazri, 45, daripada pertuduhan atau diperintah untuk membela diri.

Mohd Nazri didakwa menyebabkan kematian Muhammad Zaharif Affendi berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di sini, antara 12.05 tengah hari hingga 12.40 tengah hari, 15 Dis 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan.

Bernama-

Tags: Hujahkes pegawai kanan polis
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

15 Hujah Pemuda PAS Mengenai DAP Anti-Islam

24/04/2022
0

Pertamanya harus diterangkan artikel ini adalah tentang kenyataan Pemuda Pas pada tahun 2019 yang menyenaraikan '15 hujah DAP anti-Islam'. Ikuti...

Syed Saddiq Berdepan Hukum Karma

21/01/2022
0

Boring betul membaca hujah peguam bela Pengasas Parti MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di mahkamah. Peguam bela yang juga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd