• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syed Saddiq Berdepan Hukum Karma

oleh Mohd Arshad
21/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Boring betul membaca hujah peguam bela Pengasas Parti MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di mahkamah.

Peguam bela yang juga pemimpin kanan DAP, Gobind Singh Deo berhujah kepada mahkamah konon Ahli Parlimen Muar itu perlu diberi sedikit kelonggaran.

Kelonggaran untuk menyatakan pendirian kepada umum berhubung kes pecah amanah dan jenayah, penyalahgunaan dana, dan pengubahan wang haram dihadapinya.

Alasannya Syed Saddiq merupakan figura politik terkenal dan sudah pasti beliau harus memberi komen atau reaksi jika ada soalan dari pihak lain.

Banyak cantek. Mungkin Syed Saddiq sudah terlupa bagaimana beliau suatu ketika pernah mengeji Datuk Seri Najib Tun Razak dalam soal pernyataan umum.

Demi Syed Saddiq mempertahankan keputusan pemimpin ulung DAP, Lim Kit Siang menarik diri daripada berdebat dengan Najib. Debat juga bermaksud suatu pernyataan umum:

“Saya cadangkan Najib berdebat saja dengan hakim di mahkamah. Beliau akan diadili di sana. Buat apa nak berdebat dengan pencuri”.

Tidak sesekali mahu menuduh Syed Saddiq sah bersalah, namun mungkin hari ini sudah tiba masa rakyat pulang paku buah keras:

“Kami cadangkan Syed Saddiq berdebat saja dengan hakim di mahkamah. Beliau akan diadili di sana. Buat apa nak dengar cakap pencuri”

Begitulah keadaannya. “What you give you get back”. Sesetengah orang kata hukum karma. Ironi sungguh kehidupan ini. Semoga Syed Saddiq melihat itu dengan mata hati.

Bagi pertuduhan pertama Syed Saddiq didakwa melakukan pecah amanah jenayah sewaktu beliau menjadi Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dengan mengeluarkan wang sebanyak RM1 juta melalui cek CIMB Bank Bhd pada 6 Mac, 2020.

Beliau didakwa mengeluarkan wang tersebut tanpa kebenaran Majlis Pimpinan Tinggi Bersatu, dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan di bawah Seksyen 405 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan kedua Syed Saddiq didakwa menyalahguna wang RM120,000 dari hasil derma di bawah akaun bank Armada Bersatu Enterprise untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 antara 4 hingga 18 April, 2018.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun, dan sebatan, di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Dua lagi pertuduhan berkaitan aktiviti pengubahan wang haram, melibatkan dua traksaksi bernilai RM50,000 setiap satu dari akaun bank beliau, yang didakwa dilakukan pada 16 dan 19 Jun, 2018, bagi tujuan aktiviti haram.

Maka seeloknya Syed Saddiq akur saja peringatan hakim supaya tidak menggunakan kedudukan sebagai ahli politik membuat sebarang perkongsian berkaitan kes di media sosial.

Menurut hakim Syed Saddiq harus membezakan kedudukannya sebagai ahli politik dan orang kena tuduh, dan Gobind juga harus memberi nasihat yang bersesuaian.

Semoga Syed Saddiq tabah menghadapi pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau semasa zaman kerajaan PN pimpinan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Najib yang mengalami pertuduhan semasa zaman kerajaan PH dianggotai Syed Saddiq dan Muhyiddin tetap “steady” sehingga hari, tidak kalut menghasut rakyat supaya mempertahankan beliau.

Sebaliknya rakyat yang bangkit dengan sendirinya menyokong dan kembali menaruh keyakinan terhadap Najib. Mengapa jadi begitu seharusnya Syed Saddiq mampu fikirkan sendiri.

-Mynewshub

Tags: HujahmudaSyed Saddiq
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara mengarahkan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan...

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yakin 'kebenaran akan menang' meskipun keputusan prosiding rayuan pendakwaan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd