• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Buli: Lima Daripada Tujuh Pelajar MRSM Dirakam Keterangan

oleh Mohd Arshad
08/04/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Kes Buli: Lima Daripada Tujuh Pelajar MRSM Dirakam Keterangan
Share on FacebookShare on Twitter

NIBONG TEBAL– Polis telah merakam keterangan lima daripada tujuh pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini yang dipercayai terlibat dalam kes buli seperti yang tular sejak Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Deputi Superintenden Mohd Norazmi Abd Ghapar berkata, dua pelajar lagi akan diambil keterangan dalam masa terdekat.

“Pegawai penyiasat telah mengambil keterangan lima daripada mereka yang berusia 15 tahun.

“Proses merakam keterangan dan dijangka selesai dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Tambah Mohd Norazmi, polis akan cuba menyelesaikan siasatan kes tersebut secepat mungkin.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Terdahulu, polis membuka satu kertas siasatan berhubung satu klip video memaparkan insiden buli di sebuah bilik dipercayai asrama yang tular di media sosial sejak pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintenden Jay January Siowou berkata, siasatan akan dijalankan secara holistik dengan mengambil kira semua aspek.

Menurutnya, polis mengambil tindakan proaktif dengan mengesan lokasi institusi terlibat dan semua individu yang dilihat dalam video berkenaan untuk dirakam keterangan.

Tambahnya, siasatan akan dijalankan secara menyeluruh dengan mengambil kira semua aspek sebelum dirujuk kepada pihak pendakwa raya.

Sebelum itu, polis mengesan satu klip video berdurasi 1 minit 31 saat dimuat naik oleh akaun Facebook ‘Utara Kini’ dan telah meraih lebih 710,000 tontonan, 1,000 komen serta 445 perkongsian sehingga tengah hari Isnin.

Klip tersebut menunjukkan beberapa individu dipercayai pelajar, melakukan perbuatan seperti membuli ke atas seorang individu lain yang berada di atas katil.

SinarHarian-

Tags: kes buliketeranganMRSM
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd