• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rusia, Belarus, Cuba Dan Korea Utara ‘Terselamat’ Perang Tarif

oleh Mohd Arshad
04/04/2025
dalam Antarabangsa
1
Rusia, Belarus, Cuba Dan Korea Utara ‘Terselamat’ Perang Tarif
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Beberapa negara terkecuali daripada senarai tarif timbal balik yang diperkenalkan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ketika rakan dagang utama bersama sekutunya dan puluhan negara antarabangsa membantah pelaksanaan cukai import tersebut.

Negara yang terselamat ‘perang perdagangan membinasakan’ itu ialah Rusia, Belarus, Cuba dan Korea Utara.

Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent memberitahu Fox News bahawa negara berkenaan dikecualikan kerana mereka tidak menjalinkan hubungan perdagangan yang menguntungkan bersama Washington selain berdepan sekatan antarabangsa.

Perdagangan dua hala antara AS dan Rusia pada tahun lalu hanyalah AS$3.5 bilion (RM15.5 bilion) berbanding AS$36 bilion (RM159 bilion) pada 2021 iaitu setahun sebelum Perang Moscow-Ukraine tercetus.

Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karoline Leavitt berkata, Rusia tiada dalam senarai kerana tiada manfaat perdagangan manakala Cuba, Belarus dan Korea Utara pula sudah pun dikenakan sekatan serta kadar tarif sedia ada yang tinggi.

Sementara itu, Tel Aviv pula terkejut selepas sekutu kuat mereka mengenakan levi berjumlah 17 peratus ke atas produk Israel meskipun ia telah menghapuskan duti import ke atas barangan AS.

“Kami tidak menyangka dengan kenaikan cukai tersebut sedangkan Washington merupakan rakan dagangan terbesar Tel Aviv,” lapor media tempatan memetik kenyataan kerajaan ‘ekstremis’ itu. 

-Agensi

Tags: Belaruscubaperang tarifRusia
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd