• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PN Bukan Tempat Berteduh Kumpulan Rakus Kuasa, Cuba ‘Hijack’ Jenama Gabungan – Azmin

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
PN Bukan Tempat Berteduh Kumpulan Rakus Kuasa, Cuba ‘Hijack’ Jenama Gabungan – Azmin
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan Perikatan Nasional (PN) tidak boleh dijadikan tempat berteduh kumpulan yang rakus kuasa politik dan cuba merampas jenama gabungan itu.

Beliau berkata, PN sepatutnya kekal sebagai gabungan politik sederhana, progresif dan cakna terhadap kepentingan rakyat Malaysia.

“PN tidak boleh dibenarkan menjadi tempat berteduh kumpulan yang rakus kuasa politik dan cuba ‘hijack’ jenama PN yang sederhana, progresif dan cakna rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azmin turut menempelak PAS dan sekutunya yang didakwa cuba menggambarkan diri sebagai mangsa politik bagi meraih simpati menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Hentikan propaganda dan politik identiti yang melampau. Hakikatnya, PAS gagal mengurus sebuah organisasi berteraskan prinsip demokrasi, urus tadbir yang baik dan sering mengkhianati rakan dalam perjuangan.

“Sesungguhnya, mengenepikan kebenaran adalah perbuatan yang tercela,” tegasnya.

Mengulas keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) hari ini, Azmin mengakui keputusan itu amat berat diterima Bersatu memandangkan parti berkenaan merupakan antara pengasas PN yang berjaya membina asas kukuh gabungan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, Bersatu sebagai anggota parti yang sah menerima hakikat PN mesti melaksanakan tanggungjawab selaras dengan Perlembagaan PN dan Akta 832 bagi memastikan pematuhan undang-undang serta kelangsungan tadbir urus yang teratur dan sah.

Beliau berkata, Bersatu akan meneliti keputusan penuh JPPM sebelum membincangkan langkah seterusnya dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu.

Menurutnya, langkah berkenaan bertujuan membina semula keyakinan rakyat terhadap sebuah gabungan politik sederhana yang memperjuangkan politik nilai serta gagasan baharu demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia. – MYNEWSHUB

Tags: ‘Hijack’AzminBerteduhBukancubaJenama GabunganKumpulanPNRakus Kuasatempat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Hancurkan Masa Depan PN, Bersatu Terbukti Di Pihak Benar – Azmin

PAS Hancurkan Masa Depan PN, Bersatu Terbukti Di Pihak Benar – Azmin

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa tindakan kepimpinan PAS melanggar undang-undang bakal menghancurkan masa...

RoS Batalkan Pendaftaran PN, Takiyuddin Seru Penyokong Bertenang

RoS Batalkan Pendaftaran PN, Takiyuddin Seru Penyokong Bertenang

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) mendakwa keputusan pihak berwajib membatalkan pendaftaran gabungan politik itu menimbulkan persoalan serius mengenai unsur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd