• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

oleh Mohd Arshad
dalam Politik
0
Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima nasihat yang diberikan Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan hati terbuka.

Ia selepas Ahmad Zahid sebelum ini menasihati Tengku Zafrul supaya tidak tergesa-gesa membuat keputusan berhubung kedudukannya dalam parti.

Tengku Zafrul yang juga Ketua Bahagian UMNO Kota Raja berkata, pertemuan bersama Ahmad Zahid baru-baru ini membincangkan kedudukannya dalam UMNO, selain mendengar pandangan serta nasihat berkaitan.

“Saya sudah berjumpa dengan Presiden UMNO dan kami berbincang mengenai kedudukan saya dalam parti. Beliau menasihatkan supaya tidak tergesa-gesa membuat keputusan dan saya bersetuju.

“Mesyuarat itu berlangsung secara terbuka dan kami bersetuju setiap keputusan perlu dibuat dengan berhati-hati demi memastikan ia adalah keputusan yang terbaik.

“Saya juga tidak tergesa-gesa dalam membuat sebarang keputusan,” katanya selepas majlis pelancaran platform Madani Digital Trade di sini hari ini.

Ketika ditanya apakah keputusannya ketika ini, Tengku Zafrul berkata, segala pertimbangan politik akan difikirkan dengan lebih mendalam dan ketika ini beliau ingin memberikan fokus kepada kerja sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan memaklumkan kepada Tengku Zafrul supaya tidak perlu tergesa-gesa membuat keputusan mengenai perkara itu dan mengesahkan Tengku Zafrul masih ahli UMNO.

Pada 9 Februari lalu, Tengku Zafrul dilaporkan akan mengumumkan keputusan ura-ura beliau akan meninggalkan UMNO dalam tempoh terdekat selepas berjumpa Ahmad Zahid.

Tengku Zafrul, berkata beliau akan menemui Presiden UMNO itu bagi membincangkan perkara berkenaan sebelum pengumuman mengenainya dibuat secara rasmi.

-Berita Harian

Tags: tengku zafrulUMNOZahid Hamidi
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Tengku Zafrul Akui Kenaikan Gaji Minimum Boleh Jejas Perniagaan ‘Cukup-Cukup Makan’

Tengku Zafrul Akui Kenaikan Gaji Minimum Boleh Jejas Perniagaan ‘Cukup-Cukup Makan’

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengakui kenaikan gaji minimum...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd