• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengendali Stesen Radio Era FM Dikompaun RM250,000

oleh Mohd Arshad
11/03/2025
dalam Terkini
0
Pengendali Stesen Radio Era FM Dikompaun RM250,000
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Pengendali stesen radio Era FM, Maestra Broadcast Sdn Bhd dikompaun RM250,000 bagi kesalahan memuat naik kandungan jelik melampau di akaun rasmi TikTok stesen radio berkenaan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi kenyataan memaklumkan, kompaun tersebut dikeluarkan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (selepas pindaan berkuat kuasa 11 Februari 2025), setelah pihaknya mendapat izin daripada Jabatan Peguam Negara.

Menurutnya, SKMM membuat keputusan untuk tidak menggantung lesen Maestra Broadcast selepas meneliti hujahan yang dikemukakan.

“Dalam membuat keputusan tersebut, pertimbangan juga telah diberikan terhadap tindakan-tindakan susulan yang telah dilaksanakan oleh syarikat pemegang lesen, permohonan maaf oleh pihak terbabit serta kesan penggantungan terhadap stesen radio Melody dan Mix FM yang beroperasi di bawah lesen yang sama,” katanya pada Selasa.

Sebelum ini, penyampai radio slot 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Azad Jazmin dan Radin tampil memohon maaf berikutan penghasilan video kontroversi yang didakwa mempersendakan tarian kavadi Hindu.

Vidoeo berkenaan dimuat naik menerusi platform TikTok kemudiannya diturunkan selepas mendapat kritikan pelbagai pihak, termasuk Timbalan Presiden MIC yang juga Ahli Parlimen Tapah, M Saravanan.

Malah Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, pihaknya telah menerima aduan daripada pelbagai pihak berhubung tindakan kakitangan sebuah stesen radio.

Dalam pada itu, SKMM memandang serius sebarang tindakan memuat naik kandungan dalam talian yang boleh mengakibatkan ketegangan antara agama atau mengganggu keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

“Semua pengendali dan pengguna platform diingatkan untuk sentiasa bertanggungjawab dalam memelihara keharmonian kaum dan agama di Malaysia serta mematuhi undang-undang,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: ERA fm
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kadar Pengangguran Turun 3.1 Peratus – DOSM

Next Post

Lagi Nahas Kereta Langgar Isyarat Lampu Merah, Rempuh Dua Motosikal

Related Posts

Ganti Nabil Dalam MeleTOP, Netizen Kritik Cara Jaa

26/04/2018
0

MENJADI pengacara bukanlah mudah, lebih-lebih lagi jika perlu mengendalikan program live yang disaksikan ramai penonton. Bertambah pula jika program itu...

Gemar ‘Usik’ Amira Othman, Radin ERA Fm Kena Lagi…

04/02/2018
0

BARU-BARU ini heboh di media sosial apabila netizen mengaitkan hubungan antara penyampai radio, Radin dengan penyanyi, Amira Othman lebih daripada...

Next Post
Lagi Nahas Kereta Langgar Isyarat Lampu Merah, Rempuh Dua Motosikal

Lagi Nahas Kereta Langgar Isyarat Lampu Merah, Rempuh Dua Motosikal

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd