• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ganti Nabil Dalam MeleTOP, Netizen Kritik Cara Jaa

oleh
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENJADI pengacara bukanlah mudah, lebih-lebih lagi jika perlu mengendalikan program live yang disaksikan ramai penonton. Bertambah pula jika program itu sememangnya diminati ramai.

Bagi penyampai radio Era FM, iaitu Jaa Suzuran, dia menganggap segala kritikan diberi ketika mengacarakan program MeleTOP pada Selasa lalu sebagai pengajaran dan semangat buatnya untuk buat lebih baik selepas ini.

“Saya sudah jangka akan dikecam kerana MeleTOP satu program besar dan digandingkan pula dengan Neelofa sudah tentu saya rasa gementar,” katanya dipetik daripada portal mStar Online.

Selasa lalu, Jaa atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Ahmad telah menggantikan tempat Nabil Ahmad sebagai pengacara dan dia telah digandingkan bersama dengan pelakon dan pengacara terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor.

Menurut Jaa, usianya dalam dunia seni boleh dianggap masih muda dan dia juga sedang dalam proses dalam mempelajari tentang selok-belok bidang pengacaaraan.

Bagaimanapun, penyampai radio berusia 24 tahun itu berasa sangat bangga dan berterima kasih kepada pihak Astro kerana memberi peluang besar itu kepadanya.

Ada beberapa dakwaan netizen mengatakan kononnya Jaa tidak layak untuk menjadi pengacara program kerana tidak mampu untuk mengendalikan situasi ketika sedang siaran langsung.

Malah, mereka juga menyifatkan program MeleTOP pada Selasa lalu sangat hambar dan menjengkelkan ketika dia mengendalikan program selama sejam itu.

“Saya bawa cara saya pada malam itu, kalau mereka kata saya over kat mana yang over itu? Mereka tidak kenal saya.

“Tapi tidak mengapa, saya ambil semua komen itu sebagai sesuatu yang membina untuk saya perbaiki pada masa akan datang.

“Mungkin saya terbawa-bawa cara penyampaian di radio ke program televisyen membuatkan orang menyangka saya berlebih-lebihan,” tambahnya lagi.

Namun, dia mengambil segala kritkan itu sebagai pembakar semangat dan menyifatkan kehadirannya di kerusi pengacara pada ketika itu sebagai satu pencapaian baharu bagi kerjaya seninya.

Sebelum ini, Jaa pernah menemuramah ramai selebriti antarabangsa antaranya ialah Datuk Shah Rukh Khan dan Ed Sheeran sebanyak dua kali. – MYNEWSHUB.CC/AH


Tags: ERA fmjaa suzuranmeletopNetizen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

25/09/2026
0

SEREMBAN - Hantaran ringkas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim di media sosial hari ini mencuri perhatian netizen apabila...

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini meraikan ulang tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd