Thursday, December 7, 2023

Creating liberating content

Bandar Sukan KL Ditawan...

KUALA LUMPUR - Ribuan penyokong Barisan Nasional (BN) mula membanjiri Bandar Sukan Kuala...

“Bukan Dayus, Shuib Berterus-Terang...

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini pelawak Shuib Sepahtu memuat naik gambar motosikal Ysuku...

Kenyataan PAS Mahu Rampas...

SUNGAI PETANI - Hasrat PAS mahu merampas kembali Kedah dalam pilihan raya umum...

Angelina Jolie Bakal Memiliki...

BINTANG antarabangsa, Angelina Jolie dikatakan telah menjumpai sebuah rumah yang sesuai untuk didiami...

Gemar ‘Usik’ Amira Othman, Radin ERA Fm Kena Lagi…

BARU-BARU ini heboh di media sosial apabila netizen mengaitkan hubungan antara penyampai radio, Radin dengan penyanyi, Amira Othman lebih daripada sekadar kawan.

Hal ini terjadi demikian kerana ramai beranggapan usikan dan ‘pick up line‘ Radin di laman Instagramnya kebelakangan ini dilihat seolah-olah hendak ‘mengorat’ pelantun lagu Hati-Hati itu.

Baca: Amira-Radin Mesra Rakan Baik, Tak Ada Sebab Lain

Disebabkan perkara itu menjadi bualan hangat netizen, Radin menolak kenyataan beberapa netizen yang menganggap dia cuba memikat Amira sekali gus tampil menjelaskan keadaan sebenar.

Menurut Radin, dia akui mereka berdua sememangnya rapat dan sudah lama mengenali antara satu sama lain.

Malah, Radin turut akui kenal dengan ahli keluarga Amira namun hubungan antara mereka berdua tidak lebih daripada sekadar kawan.

“Saya memang sering gunakan ayat ‘pick up line’, tapi itu adalah bahan kandungan saya ketika mengacarakan sesuatu majlis atau di konti.

“Jadi, di majlis pelancaran single baru Amira baru-baru ini, saya hanya menjalankan tugas saya sebagai pengacara majlis, dan tak sangka pula disalah anggap,” katanya dipetik Harian Metro.


Penyanyi, Amira Othman.

Ujarnya lagi, dia juga sama sekali tiada niat untuk mencipta sebarang gosip sebaliknya ingin bekerja lebih keras di dalam industri bagi menyara kehidupannya dan keluarga.

“Saya sendiri pun dah penat apabila sering dikaitkan dengan artis. Saya harap, dengan kenyataan ini, ramai yang faham dan tidak salah anggap.

“Lagi pula, Amira dan keluarganya pun bukanlah artis yang sering dikaitkan dengan gosip. Jadi, saya tak mahu kerana hal sebegini membuatkan mereka tak selesa,” ujarnya.

Untuk rekod, ini bukanlah pertama kali Radin dipalit dengan artis popular tanah air. Tetapi, nama penyampai radio ini juga pernah dikaitkan beberapa selebriti seperti Nabila Razali dan Ayda Jebat. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori