• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

oleh Mohd Arshad
04/03/2025
dalam Terkini
2
Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) sudah diaktifkan bagi membolehkan semua pihak meningkatkan pemantauan terhadap pembakaran terbuka yang boleh menyebabkan jerebu serta menjejaskan kualiti udara dan kesihatan awam.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata pelan itu diaktifkan pada 21 Februari lalu untuk membolehkan kementerian, jabatan, agensi berkaitan dan kerajaan negeri mengambil tindakan berjaga-jaga serta mencegah pembakaran terbuka.

Beliau berkata, Prosedur Tetap Operasi (PTO) bagi Melaksanakan Program Mencegah Kebakaran di Tanah Gambut Untuk Mengatasi Jerebu di Malaysia turut diaktifkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sejak 26 Februari lalu.

“JAS juga telah meningkatkan tindakan penguatkuasaan serta aktiviti pemantauan melalui darat dan udara dengan menggunakan dron, selain memantau bacaan indeks pencemaran udara (IPU) dari semasa ke semasa.

“Koordinasi antara agensi berkaitan bagi merancang kerja-kerja pemadaman dan kawalan kebakaran turut diadakan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ia berikutan IPU di Balok Baru, Kuantan, Pahang, merekodkan bacaan tidak sihat, hari ini, susulan kebakaran tanah gambut di Ladang Kelapa Cherating.

Mengulas mengenai kebakaran itu pula, Nik Nazmi berkata, usaha pemadaman sedang giat dijalankan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggunakan kaedah ‘firefighting’, ‘water bombing’ dan kerja-kerja ‘flooding’ di kawasan terbabit, dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Susulan bacaan IPU mencecah 201 hingga 300 di Balok Baru, semalam, JAS mengeluarkan Nota Pemberitahuan Amaran 3A dan 3B kepada Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), untuk tindakan hebahan Notis Kesiapsiagaan Operasi Bencana pada peringkat negeri serta daerah.

“Hebahan ini juga bertujuan membolehkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana peringkat daerah atau negeri diaktifkan, dan memastikan tindakan dapat diambil selaras dengan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan,” katanya.

Nik Nazmi berkata, beliau akan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan Bilangan 1 Tahun 2025, esok.

Ia antara lain akan melaporkan status terkini keadaan cuaca, kualiti udara dan sebagai platform bagi merancang tindakan serta strategi pencegahan pembakaran terbuka dan jerebu.

“Isu kebakaran di Ladang Kelapa Cherating, Kuantan, dan tindakan penyelarasan berkaitan akan turut dibincangkan melalui mesyuarat ini,” katanya.

Hari ini, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan penduduk di sekitar Balok Baru, terutama mereka yang mempunyai masalah pernafasan, untuk berhati-hati susulan pencemaran udara di kawasan itu.

BHonline-

Tags: JerebuPTPTK
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu Tarif Naik: China Mulakan Tindakan Undang-undang Terhadap AS

Next Post

Peter Anthony, Bekas Menteri Sabah Masuk Penjara Mulai Hari Ini

Related Posts

Hamas Lancar Serangan Balas Terbesar, Bedil 5,000 Roket Ke Atas Israel

Sekolah Ditutup Jika IPU Capai 200

07/10/2023
0

GEORGE TOWN: Sekolah-sekolah boleh ditutup sekiranya situasi jerebu semakin teruk di kawasan masing-masing dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai...

Diskaun PTPTN Tidak Diteruskan – Menteri

Jerebu: Malaysia Hantar Surat Kepada Indonesia

04/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Malaysia sudah melaksanakan tindakan susulan dengan Indonesia berhubung masalah jerebu rentas sempadan yang melanda beberapa negeri, dengan menghantar...

Next Post
Peter Anthony, Bekas Menteri Sabah Masuk Penjara Mulai Hari Ini

Peter Anthony, Bekas Menteri Sabah Masuk Penjara Mulai Hari Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd