• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Pertimbang Penjawat Awam Wanita Pulang Awal Ketika Ramadan

oleh Mohd Arshad
27/02/2025
dalam Terkini
1
Selangor Pertimbang Penjawat Awam Wanita Pulang Awal Ketika Ramadan
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran kepada penjawat awam wanita pulang awal ketika Ramadan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya akan berbincang cadangan tersebut dalam masa terdekat bersama Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

“Kita akan bincang dengan MMKN jika ada keperluan, tetapi setakat ini masa yang telah ditetapkan itu mencukupi untuk mereka pulang bekerja dan sebagainya.

“Ikut kepada keperluan dan masa yang telah ditetapkan, kita juga ada pertimbangkan waktu fleksibel, kalau mereka pulang awal, perlu juga datang awal supaya masa kerja tak terganggu serta ada peluang tunaikan tanggungjawab sediakan juadah dan sebagainya,” katanya dalam sidang media Majlis Perasmian FESTIRA 2025 di SACC Mall, Shah Alam di sini pada Khamis.

Sebelum ini, Negeri Sembilan membenarkan penjawat awam wanita yang bekerja di bawah pentadbiran kerajaan negeri pulang seawal jam 2 petang pada setiap Jumaat, Ramadan ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kebenaran itu hanya membabitkan hampir 2,500 pekerja wanita, tidak termasuk yang berada di bawah Persekutuan.

Dalam masa sama, Amirudin turut mengulas mengenai isu peniaga mengaut keuntungan dengan ‘ali baba’ tapak bazar Ramadan.

Beliau berkata, pihaknya akan bertindak tegas dan menyenarai hitamkan mana-mana individu yang terlibat.

“Setakat ini kita belum ada terima laporan seperti tahun lepas tetapi kita sudah minta pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memantau dan ambil tindakan.

“Mereka yang terlibat akan disenarai hitam dan tidak dibenarkan berniaga… apatah lagi apabila melibatkan kos tinggi kepada tapak-tapak yang telah kita siapkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berharap isu tersebut akan segera ditangani agar tiada sebarang bentuk penganiayaan berlaku kepada para peniaga.

SinarHarian-

Tags: Penjawat AwamramadhanselangorWanita
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

13/01/2026
0

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Sahibus Samahah Mufti Selangor menzahirkan pendirian tegas menentang sebarang bentuk penganjuran, sambutan...

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bukan Kerana Desakan, Tiada Kenaikan Sejak 10 Tahun Lalu – PM

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bukan Kerana Desakan, Tiada Kenaikan Sejak 10 Tahun Lalu – PM

05/01/2026
0

PUTRAJAYA: Keputusan kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam termasuk hakim bukan atas desakan mereka, sebaliknya dibuat kerana ada keperluan selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd