• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15 Rakyat Malaysia Mangsa Penipuan Pekerjaan Ditempatkan Di Kem Tentera Thailand

oleh Mohd Arshad
16/02/2025
dalam Antarabangsa
0
15 Rakyat Malaysia Mangsa Penipuan Pekerjaan Ditempatkan Di Kem Tentera Thailand
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok akan mengadakan lawatan konsular pada Ahad ke atas 15 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dan kini ditempatkan di kem tentera Fort Vachiraprakan di Wilayah Tak, utara Thailand untuk menyediakan bantuan konsular yang diperlukan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kuasa Usaha Sementara Malaysia ke Thailand Bong Yik Jui berkata, 15 rakyat Malaysia berusia antara 21 hingga 68 tahun, termasuk tiga wanita adalah antara 261 individu yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dan dihantar pulang ke Thailand pada Rabu lepas.

Beliau mengesahkan semua mangsa rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat.

Bong berkata, seorang pegawai konsular dari Kedutaan Malaysia, Marwan Mustafa Kamal, telah ditugaskan untuk melawat dan memberikan bantuan yang diperlukan kepada mangsa.

“Marwan dijadual bertemu Kingkan Choopitakpaopong dari Bahagian Antipemerdagangan Orang di bawah Kementerian Pembangunan Sosial dan Keselamatan Manusia di Mae Sot pada Ahad bagi membincangkan proses penghantaran pulang mangsa rakyat Malaysia.

“Kami telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa Thailand untuk melawat mangsa rakyat Malaysia di Mae Sot. Kami akan mengesahkan identiti mereka, menghubungi waris terdekat dan memudahkan penghantaran pulang mereka ke Malaysia,” katanya kepada Bernama pada Ahad.

Beliau berkata, kedutaan Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Thailand dan komited untuk menghulurkan bantuan konsular kepada rakyat Malaysia yang terlibat.

Menurut beliau, identiti kesemua mangsa perlu disahkan bagi memastikan mereka adalah warganegara Malaysia.

Pada Rabu, Bernama melaporkan bahawa 15 rakyat Malaysia adalah antara mangsa warga asing yang diperdaya sindiket penipuan pekerjaan di Myawaddy, Myanmar dan diselamatkan oleh pihak berkuasa negara itu sebelum dihantar ke Thailand untuk proses penghantaran pulang.

Pihak berkuasa Myanmar menyelamatkan mangsa dari KK Park dan Shwe Kokko, dua bandar sempadan yang terkenal dengan aktiviti pemerdagangan manusia, sebelum memindahkan mereka ke Thailand untuk proses selanjutnya dan penghantaran pulang ke negara masing-masing.

Bernama-

Tags: mangsa penipuan pekerjaanrakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KPDN Pantau Bazar Ramadan, Pastikan Peniaga Tak Ambil Kesempatan Jual Terlalu Mahal

Next Post

‘Waktu Sekolah Sama Pada Ramadan Ini, Tak Perlu Balik Awal…’ – Fadhlina

Related Posts

Rakyat Malaysia Ditahan Bersama Dadah Bernilai RM120,000 Di Sungai Golok

Rakyat Malaysia Ditahan Bersama Dadah Bernilai RM120,000 Di Sungai Golok

05/01/2025
0

Sungai Golok : Selepas hampir dua bulan enam rakyat Malaysia termasuk penyanyi dikir barat ditahan, polis Thailand menahan seorang lagi...

Rakyat Malaysia Ditahan Di Bangkok Dalang Sindiket Ubah Wang Haram Lebih RM652.8 Juta

Rakyat Malaysia Ditahan Di Bangkok Dalang Sindiket Ubah Wang Haram Lebih RM652.8 Juta

19/12/2024
0

BANGKOK: Polis Thailand percaya yakin berjaya membanteras sindiket penipuan utama yang mendalangi kegiatan pengubahan wang haram lebih 5 bilion baht...

Next Post
‘Waktu Sekolah Sama Pada Ramadan Ini, Tak Perlu Balik Awal…’ – Fadhlina

'Waktu Sekolah Sama Pada Ramadan Ini, Tak Perlu Balik Awal…' - Fadhlina

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd