• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak, Keluarga OKU Mental Dipukul Dinasihat Tidak Berdendam

oleh Mohd Arshad
20/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Anak, Keluarga OKU Mental Dipukul Dinasihat Tidak Berdendam
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan anak lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dipukul sekumpulan peniaga dinasihat tidak berdendam dan bertindak balas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

“Jangan ikut emosi untuk mempertahankan maruah keluarga, sebaliknya serah kepada pihak polis untuk mengambil tindakan.

“Jangan mengambil tindakan menggunakan tangan sendiri, serah kepada undang-undang untuk menentukan keadilan,” kata Ahmad Zahid melalui panggilan video dengan anak lelaki Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, Ahmad Fakhrie, 19, hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO mewakilkan kepada Setiausaha Politiknya, Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin menziarahi isteri Ahmad Nor, Faridah Abdul Karim dan anaknya di Kampung Tok Asia, Kuala Ibai, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Rozi Mamat.

Pada Jumaat lalu, Ahmad Nor mengalami kecederaan dipercayai dipukul dan disepak beberapa individu dipercayai peniaga dan pembeli di pasar Tani di Padang Astaka Chukai, Kemaman.

Insiden itu dilaporkan berlaku selepas mangsa yang menunggang motosikal dikatakan terlanggar salah sebuah gerai jualan menyebabkan makanan terjatuh dan tumpah.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) meminta Faridah dan keluarga memberi tumpuan lebih kepada Ahmad Nor, supaya perkara itu tidak berulang pada masa akan datang.

BHonline-

Tags: anakkeluargaOKU menta
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Anak Rosak, Bengis Sejak Umur 17 Tahun. Mengamuk Bawa Parang

Anak Rosak, Bengis Sejak Umur 17 Tahun. Mengamuk Bawa Parang

03/11/2025
0

RAWANG: "Ibu bapa mana yang tidak sedih dan menderita apabila melihat satu-satunya anak lelaki kami musnah akibat dadah," kata pesara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd