• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buka Kertas Siasatan Video Tular Replika Naga Berbendera China

oleh Mohd Arshad
dalam Utama & Sensasi
0
Polis Buka Kertas Siasatan Video Tular Replika Naga Berbendera China
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Polis membuka kertas siasatan susulan rakaman video dan gambar mengenai perarakan replika naga yang didakwa menunjukkan bendera China di daerah ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, perarakan replika naga terbabit berlangsung pada program perarakan seni dan kebudayaan sempena sambutan ulang tahun ke-20 Gabungan Persatuan Ting Hua daerah Muar.

Jelasnya, perarakan tarian naga yang dikatakan terpanjang di negara ini telah diadakan di kawasan bandar dengan melalui beberapa jalan utama pada jam 6.10 petang, Sabtu.

“Hasil pemantauan polis semasa perarakan berlangsung pada petang Sabtu, replika naga terbabit dihias dengan Jalur Gemilang di sebelah kanan manakala bahagian kiri badan dihias dengan bendera negara China.

“Rakaman video dan gambar-gambar mengenai perarakan terbabit turut dikesan tular di media sosial sejak Sabtu,” katanya dalam kenyataan pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Raiz Mukhliz berkata, tindakan proaktif telah diambil dengan membuka kertas siasatan pada hari yang sama kejadian dilaporkan.

Katanya, pihak penganjur program dan saksi-saksi kejadian telah dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(B) Kanun Keseksaan, Seksyen 6(2) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (kawalan mempamer 1949),

“Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi atau percaya kepada berita yang tidak ditentukan kesahihannya bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.

Sebelum itu, tular video berdurasi 15 saat memaparkan perarakan replika naga mempunyai bendera China, di daerah ini sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat.

-Sinar Harian

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Di Johor Dibuka Secara Berfasa Mulai Esok

Sekolah Di Johor Dibuka Secara Berfasa Mulai Esok

25/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor memutuskan pembukaan semula institusi pendidikan di negeri ini dilaksanakan secara berfasa mulai esok bagi memastikan...

MCA Dakwa BN Melaka Ketepikan Semangat Muafakat

MCA Dakwa BN Melaka Ketepikan Semangat Muafakat

25/10/2026
0

KUALA LUMPUR - MCA mendakwa Barisan Nasional (BN) Melaka mengetepikan semangat muafakat apabila membuat keputusan secara unilateral berhubung pengagihan kerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd