• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hannah Harap Prestasi Harimau Malaya Lebih Meningkat Di Bawah Bimbingan Cklamovski

oleh Mohd Arshad
17/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Hannah Harap Prestasi Harimau Malaya Lebih Meningkat Di Bawah Bimbingan Cklamovski
Share on FacebookShare on Twitter

MENTERI Belia dan Sukan Hannah Yeoh berharap prestasi Harimau Malaya akan terus meningkat dengan sentuhan Peter Cklamovski dari Australia yang dilantik sebagai ketua jurulatih baharu Harimau Malaya semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau percaya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi jawatankuasa pemilihan ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan telah meneliti profil Cklamovski, sekali gus memastikan bekas pengurus kelab Jepun FC Tokyo itu adalah individu yang benar-benar layak.

“Saya ucapkan selamat maju jaya kepada jurulatih baharu. Jadi dengan adanya jurulatih baharu dan dana (RM15 juta) yang diumumkan, saya harap prestasi Harimau Malaya akan terus naik,” katanya kepada pemberita selepas sesi penyerahan projek naik taraf kemudahan sukan gelanggang bola keranjang Taman Jinjang Baru, Kepong, di sini hari ini.

Sesi penyerahan projek yang turut dihadiri Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng itu melibatkan pembinaan bumbung, menaik taraf permukaan gelanggang serta papan jaring bola keranjang, yang siap sepenuhnya pada 20 November lepas.

Semalam FAM mengumumkan pelantikan Cklamovski sebagai ketua jurulatih baharu skuad bola sepak lelaki kebangsaan, dan beliau akan memulakan tugasan secara rasmi pada 1 Januari 2025.

Pengendali berusia 46 tahun itu pernah bekerja lebih 15 tahun di bawah pengurus Tottenham Hotspur Ange Postecoglou ketika mereka bersama-sama mengemudi skuad kebangsaan Australia menjuarai Piala Asia 2015, selain membawa Yokohama F. Marinos menjuarai Liga J1 (Liga Jepun) pada musim 2019.

Cklamovski akan menggantikan ketua jurulatih sementara, Pau Marti Vicente dari Sepanyol yang ketika ini sedang membimbing pasukan negara pada kempen Piala ASEAN 2024.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 mengumumkan peruntukan RM15 juta itu bagi menyokong pembangunan sukan bola sepak negara.

Sementara itu, Hannah meminta penganjur acara sukan permotoran mengutamakan keselamatan dan mengikut garis panduan ditetapkan Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) bagi mengelakkan kemalangan jiwa seperti yang berlaku pada Pusingan Ketiga Sandakan Drag Battle 2024 tidak berulang lagi.

“Saya ucapkan salam takziah kepada keluarga pemandu. Walaupun garis panduan sudah dikeluarkan namun insiden tetap berlaku, saya percaya insiden ini sedang disiasat polis. Sekiranya masih ada penganjur yang tidak mahu ikut garis panduan, tindakan boleh diambil polis,” katanya.

Sabtu lepas, perlumbaan yang tidak mendapat kelulusan MAM itu menyaksikan kereta Honda dipandu anggota Team Prostreet KB dari Brunei Abang Adib Abang Ali, 36, hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri litar perlumbaan ketika melepasi garisan penamat.

Pemandu kereta itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent di Sandakan.

Bernama-

Tags: CklamovskiHannah YeohHarimau Malaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hannah Dilantik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Baharu

Hannah Dilantik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Baharu

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) yang baharu, kata...

KBS Tunggu Keputusan Rayuan Kepada FIFA, Enggan Isu Sama Berulang

KBS Tunggu Keputusan Rayuan Kepada FIFA, Enggan Isu Sama Berulang

30/09/2025
0

CYBERJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menunggu keputusan rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung hukuman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd