• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Cadang Hari Tanpa Beg Plastik Setiap Jumaat-Ahad Tahun Depan

oleh AK-47
25/11/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Selangor Cadang Hari Tanpa Beg Plastik Setiap Jumaat-Ahad Tahun Depan
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor bercadang untuk menguatkuasakan larangan penggunaan beg plastik pada Jumaat hingga Ahad di mana-mana premis perniagaan di negeri itu pada tahun hadapan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar negeri, Jamaliah Jamaluddin berkata, kerajaan negeri sedang meneliti punca kuasa untuk berbuat demikian bagi menguatkuasakan inisiatif berkenaan dalam usaha ke arah bebas penggunaan beg plastik.

“Sebenarnya kita telah mengadakan bengkel untuk memperkuat atau memperketat undang-undang berkaitan di samping tindakan penguatkuasaan bagi perkara itu.

“Ketika ini, penting juga untuk kita mengetahui jenis punca kuasa yang boleh digunakan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri supaya apabila diumumkan inisiatif ini, ia dapat dilaksanakan seiring dengan tindakan penguatkuasaan,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor di sini pada Isnin.

Beliau menjawab pertanyaan tambahan Mariam Abdul Rashid (PH-Meru) mengenai perancangan kerajaan negeri untuk terus mempergiat kempen sifar plastik dan polisterina di Selangor.

Selangor mula melaksanakan kempen ‘Hari Tanpa Beg Plastik’ pada 2010 dengan sokongan kebanyakan pasar raya besar, pasar mini dan premis perniagaan pada setiap Sabtu.

Pengguna akan dikenakan bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik dan wang itu akan disalurkan kepada badan kebajikan atau program kepenggunaan serta pemuliharaan alam sekitar. 

-Bernama

Tags: beg plastikselangor
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd