• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPT Serah Kepada Polis Siasat Kes Pelajar IPT Ditahan Bersama Ganja

oleh Mohd Arshad
16/11/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
KPT Serah Kepada Polis Siasat Kes Pelajar IPT Ditahan Bersama Ganja
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes melibatkan empat pelajar sebuah institut pengajian tinggi (IPT) yang ditahan bersama rampasan dadah jenis ganja dalam serbuan di Seri Iskandar, Perak pada Khamis lepas (14 November).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pihak polis akan mengambil langkah mengikut undang-undang terhadap pelajar IPT berkenaan sekiranya dipercayai terlibat dalam jenayah itu.

“Sama ada pelajar atau bukan pelajar, mahasiswa atau bukan mahasiswa setiap perkara dilakukan seseorang melibatkan hal jenayah maka kita serahkan kepada pihak keselamatan (polis)…,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Barisan Nasional (BN) Perlis di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan polis menahan empat individu termasuk dua wanita yang juga pelajar sebuah IPT dan merampas dadah jenis ganja dalam serbuan di Seri Iskandar pada Khamis.

Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Superintenden Zulkafli Sariaat dipetik sebagai berkata, kesemua suspek warga tempatan itu ditahan di sebuah rumah teres dua tingkat pada jam 1.40 tengah hari dan hasil pemeriksaan di rumah itu menemukan dadah jenis ganja dengan anggaran berat 1.92 kilogram bernilai RM2,500.

Dadah itu dipercayai untuk kegunaan mereka sendiri dan juga pengedaran.

Mengulas lanjut, Zambry yang juga Setiausaha Agung BN berkata, laporan lengkap berhubung kes itu perlu diperkemas untuk membolehkan langkah susulan dapat diambil pihak IPT berkenaan selain langkah undang-undang.

“Kita lihat bahawa dari semasa ke semasa kes sebegini yang perlu kita tangani tetapi apa pun yang paling mustahak ialah pihak universiti dan pihak kementerian akan mengambil langkah segera… dengan jumlah pelajar universiti dengan kedudukan mereka di universiti itu sendiri mereka terdedah segala kemungkinan,” katanya.

Beliau berkata, sering kali pihaknya menekankan aspek disiplin dalam kampus perlu dijaga berserta peranan pihak bahagian hal ehwal pelajar di IPT perlu dipertingkatkan. 

-Bernama

Tags: IPTKPTpolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bomba Bantu Potong 2 Cincin Tersangkut Pada Kemaluan Lelaki

Next Post

Komposer Legenda S Atan Meninggal Dunia

Related Posts

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

27/05/2025
0

MELAKA – Polis Melaka sedang menyiapkan kertas kerja bagi cadangan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape sebelum dibentangkan kepada kerajaan...

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

27/05/2025
0

GERIK – Polis Perak mendedahkan terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengeksploitasi dan memanipulasi waris mangsa anggota Pasukan Simpanan...

Next Post
Komposer Legenda S Atan Meninggal Dunia

Komposer Legenda S Atan Meninggal Dunia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd