• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tular Rakyat Malaysia Jadi Tentera Upahan Di Ukraine, Ahli Keluarga Enggan Komen

oleh Mohd Arshad
31/10/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tular Rakyat Malaysia Jadi Tentera Upahan Di Ukraine, Ahli Keluarga Enggan Komen
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan dengan individu yang dikenal pasti sebagai tentera upahan asing di Ukraine enggan mengulas mengenai kesahihan dakwaan tersebut.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Lelaki berusia 20-an itu tidak menafikan mahupun mengesahkan sama ada individu yang tular di media sosial yang didakwa berjuang di Ukraine merupakan ahli keluarganya.

Ketika ditemui di sebuah rumah dekat sini, lelaki berkenaan enggan memberi sebarang komen mengenai isu tular berkenaan dan sekadar mengatakan enggan mengulas.

“No comment, no comment (tak mahu ulas),” katanya ringkas.

Pemerhatian juga mendapati kediaman dua tingkat tersebut kelihatan sunyi tanpa kelibat ahli keluarga lain.

Sebelum ini, tular beberapa keping gambar yang menunjukkan dokumen pengenalan diri MyKad dan lesen memandu rakyat Malaysia ditemukan di medan pertempuran antara Ukraine dan Rusia.

Laporan itu mendakwa dokumen itu ditemui selepas kejayaan tentera Rusia menawan kubu tentera Ukraine di Levadne, Zaporizhia, Ukraine.

Lelaki yang tular itu dikatakan membabitkan diri sebagai tentera upahan dalam ’16th Rifle Batallion Ukraine’ yang mana ia sedang berdepan dengan tentera Rusia di Ukraine.

Dokumen berkenaan antaranya menunjukkan alamat berdaftar di Padang Besar, Perlis.

Turut tular ialah gambar pasport negara lain dipercayai milik individu yang turut berada di lokasi berkenaan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pada Selasa memaklumkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat kesahihan maklumat berhubung dakwaan penemuan kad pengenalan dan lesen memandu Malaysia dipercayai milik rakyat negara ini di Levadne, Zaporizhia, Ukraine.

Menurutnya, PDRM sedang menyemak kesahihan dakwaan itu dengan mendapatkan maklumat terperinci daripada Kementerian Luar Negeri.

Sementara Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan memaklumkan, buat masa ini pihaknya tidak dapat mengesahkan kesahihan maklumat tersebut dan menyarankan rakyat Malaysia untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan diri ketika berada di luar negara.

SinarHarian-

Tags: rakyat MalaysiaUkraine
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menitikberatkan kepentingan memelihara adab dan nilai menghormati...

Individu Tidak Mahu Ikut Prinsip Rukun Negara Tidak Layak Digelar Warganegara Malaysia –  Yang di-Pertuan Agong

Individu Tidak Mahu Ikut Prinsip Rukun Negara Tidak Layak Digelar Warganegara Malaysia – Yang di-Pertuan Agong

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah mana-mana individu yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara tidak layak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd