• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Sabu Merajuk – Lepas Jawatan Di Pulau Pinang

oleh Ahmad Albab
09/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini memutuskan untuk melepaskan jawatannya sebagai Lembaga Pengarah Bekalan Air Pulau Pinang dan Penang International Halal Hub (PIHH).

Beliau yang lebih dikenali ‘Mat Sabu’ berkata keputusan itu dibuat berikutan keputusan Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-61 menerima usul Dewan Ulama tanpa perbahasan iaitu memutuskan hubungan dengan DAP, meskipun kekal dalam Pakatan Rakyat.

“Saya mulakan (peletakan jawatan) ini dan mungkin boleh diikuti rakan-rakan di Selangor. Kita (PAS) akan kuat bila berseorangan,” katanya yang dilihat penuh dengan nada merajuk dan sinis pada sesi penggulungan di hari terakhir Muktamar kali ke-61, di sini hari ini.

Mat Sabu yang dilihat pemerhati politik sebagai pro-DAP, gagal mempertahankan jawatannya pada pemilihan PAS Khamis lalu selepas tewas kepada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Usul Datuk Mahfuz Omar memaklumkan usul Dewan Ulama itu tidak akan dibahaskan hari ini kerana ia (usul) sensitif dan perlu diputuskan oleh pimpinan PAS.

Mahfuz yang juga Ketua Penerangan PAS berkata usul berkenaan perlu dibincangkan di peringkat pimpinan kerana dibimbangi ia akan menjejaskan kedudukan parti itu di Pulau Pinang dan Selangor.

Semalam, Tuan Ibrahim ketika dihubungi Bernama mengesahkan usul berkenaan akan dikaji di peringkat Majlis Syura dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. – BERNAMA

 

Tags: Mat SabuPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya melahirkan kekesalan terhadap apa yang disifatkannya sebagai semakin banyak kebudayaan dan kesenian...

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd