• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bunyi Letupan, Gegaran Di Ipoh Dikategorikan Misteri – Ayob Khan

oleh Mohd Arshad
29/10/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bunyi Letupan, Gegaran Di Ipoh Dikategorikan Misteri – Ayob Khan
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU: Bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di Ipoh, Perak sehingga kini masih dikategori sebagai misteri, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata polis sedang melakukan siasatan terperinci berhubung insiden berkenaan.

“Setakat ini, polis tidak dapat mengesahkan bunyi itu kerana ia masih lagi misteri,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai perkembangan siasatan kes berkenaan selepas menghadiri majlis serah terima tugas Ketua Polis Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini.

Pada 21 Oktober lalu, Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilaporkan berkata hasil semakan dengan pihak Briged Utara Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta, tiada latihan berkaitan letupan dijalankan manakala semakan dengan Pejabat Tanah dan Galian juga mendapati tiada letupan dijalankan di kuari sebelum 12 tengah hari itu.

Berikutan itu, hasil semakan dengan Jabatan Meteorologi Malaysia pula mendapati Malaysia, khususnya di Ipoh tidak terkesan sebarang aktiviti seismik walaupun terdapat kejadian gempa bumi yang berlaku di Halmahera, Indonesia pada 21 Oktober lalu.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai persiapan banjir di Kelantan berikutan Monsun Timur Laut yang dijangka bermula bulan depan, Ayob Khan berkata pihaknya telah mengatur gerak keanggotaan bagi menghadapi MTL.

Beliau berkata pihaknya telah mengadakan mesyuarat dan persiapan rapi daripada segi kenderaan, bot, malah kekuatan pegawai dan anggota polis di Kelantan sahaja membabitkan lebih 1,000 keanggotaan yang bersiap siaga menghadapi MTL.

“Banjir ini bukan perkara baharu, sebaliknya acara tahunan yang berlaku setiap tahun dan persediaan bukan hanya membabitkan polis tetapi dengan semua agensi,” katanya.

Pada 10 Oktober lalu, Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud dilaporkan berkata kerajaan negeri telah menyediakan 19,619 aset pelbagai jenis yang diletakkan dalam keadaan siap siaga untuk digerakkan pada bila-bila masa diperlukan dalam menghadapi musim tengkujuh.

Bernama-

Tags: IpohletupanMisteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa insiden letupan berlaku di kawasan operasi berhampiran Markas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL)...

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki disahkan maut dalam insiden letupan kompresor penyaman udara di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd