• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Orang Politik Jangan Campur Urusan NGO” – Mipas

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) mencadangkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan dan tidak melayakkan seseorang ahli politik menjadi ahli badan bukan kerajaan (NGO).

Setiausaha Agungnya, S.Barathidasan mendakwa, kira-kira 60 hingga 70 peratus NGO di Malaysia ahlinya terdiri daripada ahli politik yang bercanggah dengan objektif NGO.

“Kita kurang faham apakah istilah sebenarnya NGO iaitu badan bukan kerajaan? Apakah maksud erti kata ataupun definisi NGO sebenarnya?.

“Apakah motif dan agenda mereka (ahli politik) menyertai NGO. Ahli politik yang jujur, ikhlas serta menjalankan tugas kewajipan atau tanggungjawab yang diamanahkan rakyat tidak perlu mengunakan platform NGO,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kekecohan yang timbul dalam program“Nothing to Hide” anjuran Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Mengulas lanjut, Barathidasan mempertikaikan ramai ahli politik menubuhkan NGO dan menjawat jawatan presiden semata-mata untuk mendapatkan peruntukan atau grant kerajaan.

Menurutnya, perbuatan tersebut menyebabkan NGO yang benar-benar berkhidmat untuk masyarakat tidak mendapat peruntukan tersebut malahan terpaksa mengumpul sendiri dana melalui kutipan derma.

Justeru, beliau meminta ROS melarang mana-mana ahli politik daripada menganggotai atau menjawat apa-apa jawatan dalam NGO.

“Orang politik buatlah kerja politik dan pasal NGO biarlah NGO yang memikul tanggungjawabnya. Orang politik janganlah sibuk sangat nak buat kerja-kerja NGO,” katanya.

SukaGuam semalam memaklumkan pihaknya tidak mengundang bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke majlis “Nothing to Hide” yang merupakan program dialog Perdana Menteri bersama NGO.

Bagaimanapun, Mahathir tetap menghadiri tersebut dan memberi ucapan hingga menyebabkan program tersebut terpaksa dibatalkan atas arahan pihak polis. – mynewshub.cc

 

Tags: NGOpolitik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penyatuan Ummah Bukan Payah ‘Benau’

Penyatuan Ummah Bukan Payah ‘Benau’

10/09/2026
0

SAHABAT orang Melaka kata Penyatuan Ummah bukan payah ‘benau’. UMNO dan PAS umum sahaja jalin kerjasama politik, maka terjadilah Penyatuan...

Kedudukan Sosioekonomi Masyarakat India Terhakis – Charles Santiago

Kedudukan Sosioekonomi Masyarakat India Terhakis – Charles Santiago

21/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen DAP, Charles Santiago membangkitkan kebimbangan mengenai kedudukan sosioekonomi masyarakat India di negara ini yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd