• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Luar Liga Arab Gesa Israel Berundur Sepenuhnya Dari Gaza, Sempadan Rafah

oleh Mohd Arshad
11/09/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Menteri Luar Liga Arab Gesa Israel Berundur Sepenuhnya Dari Gaza, Sempadan Rafah
Share on FacebookShare on Twitter

KAHERAH: Menteri-Menteri luar Liga Arab mendesak komuniti antarabangsa menguatkuasakan pendapat nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 19 Julai yang mengesahkan kehadiran Israel di wilayah Palestin yang diduduki sebagai tidak sah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan pihak sama juga menggesa Israel menamatkan kehadiran haramnya secepat mungkin dan segera menghentikan semua aktiviti penempatan.

Pada akhir Mesyuarat Menteri-Menteri ke-162 Majlis Liga Arab yang dipengerusikan Yaman itu, barisan menteri menekankan bahawa semua negara dan organisasi antarabangsa ‘diwajibkan’ untuk tidak mengiktiraf kesahihan keadaan akibat daripada pendudukan berterusan dan haram Israel di wilayah Palestin.

Mereka turut menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) khususnya Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan untuk mempertimbangkan langkah-langkah tambahan yang perlu bagi menamatkan pendudukan haram Israel secepat mungkin.

Barisan menteri itu juga menggesa ICJ mempercepatkan penghakimannya terhadap kes yang dibawa oleh Afrika Selatan terhadap Israel, menuduhnya gagal memenuhi tanggungjawabnya di bawah Konvensyen 1948 mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid.

Penentuan itu berdasarkan keputusan Mahkamah bahawa rakyat Palestin dilindungi di bawah Konvensyen dan ketidakpatuhan Israel terhadap langkah sementara yang diperintahkan oleh mahkamah.

Selain itu, barisan menteri berkenaan juga menegaskan bahawa pengusiran rakyat Palestin oleh Israel dari tanah mereka merupakan pelanggaran serius terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa, dianggap sebagai pengisytiharan perang dan pencerobohan terhadap keselamatan negara Arab, merosakkan prospek keamanan dan memburukkan lagi konflik di rantau berkenaan.

Menteri luar Liga Arab juga menugaskan kumpulan Arab di New York untuk mengambil langkah bagi menggantung penyertaan Israel dalam Perhimpunan Agung PBB kerana ketidakpatuhannya terhadap tujuan dan prinsip Piagam PBB, ancamannya terhadap keamanan dan keselamatan antarabangsa, serta kegagalannya memenuhi tanggungjawab yang menjadi syarat kemasukannya ke dalam PBB.

Selain itu, menteri berkenaan mengesahkan penolakan mereka terhadap dakwaan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mewajarkan keengganannya untuk berundur dari koridor Philadelphi, menyifatkan dakwaan itu sebagai usaha untuk menggagalkan usaha gencatan senjata dan pertukaran tahanan serta tawanan yang dilakukan oleh Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat.

Mereka menggesa Israel berundur sepenuhnya dari Semenanjung Gaza, termasuk koridor Philadelphi dan bahagian Palestin di sempadan Rafah.

Mereka turut menekankan keperluan untuk mengendalikan lintasan Rafah mengikut peraturan yang ditetapkan serta menghapuskan semua halangan untuk akses kemanusiaan yang selamat, mencukupi dan cepat melalui sempadan berkenaan.

Selain itu, menteri luar negara Arab mengumumkan sokongan penuh terhadap langkah Negara Palestin untuk mendapatkan keanggotaan penuh dalam PBB.

Mereka menyeru Majlis Keselamatan untuk menerima keanggotaan itu berdasarkan keputusan Perhimpunan Agung PBB yang mengiktiraf hak dan kelayakan Negara Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB.

Bernama-

Tags: GazaIsraelLiga ArabMenteri LuarRafah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

02/05/2026
0

Oleh Mynewshub WASHINGTON: Pentadbiran Donald Trump dilaporkan secara rasmi memaklumkan kepada Kongres bahawa konflik ketenteraan antara Amerika Syarikat dan Iran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd