• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Kanan Bomba Dipenjara 3 Tahun, Denda RM172,000 Salah Guna Kuasa

oleh Mohd Arshad
18/08/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Pegawai Kanan Bomba Dipenjara 3 Tahun, Denda RM172,000 Salah Guna Kuasa
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Terengganu : Pegawai kanan bomba dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM172,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di sini, hari ini atas pertuduhan salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan dengan mencadangkan syarikat pembekalan milik ahli keluarga.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Hakim Dazuki Ali membuat keputusan itu di akhir kes pembelaan selepas tertuduh, Mohd Roslan Zakaria, 41, didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan berkenaan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh sebagai penjawat awam iaitu Penolong Kanan Penguasa Bomba didakwa menggunakan jawatan untuk mendapatkan suapan dengan mencadangkan sebut harga milik ibu mentuanya, Pak Su Global Enterprise untuk melaksanakan kerja-kerja pembekalan 60 unit antena dan 30 unit alat ganti pengecas bernilai RM8,100.

Tertuduh turut didakwa melakukan kesalahan sama dengan mencadangkan sebut harga Muazzam Global Enterprise milik adik iparnya untuk melaksanakan kerja-kerja pembekalan 31 unit kompas berjumlah RM7,440.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama dengan mencadangkan sebut harga Muazzam Global Enterprise milik adik iparnya untuk melaksanakan kerja-kerja pembekalan 10 unit jaket keselamatan di air dan 20 unit ‘wet suit’ yang berjumlah RM17,000.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur di Marang pada Julai dan November 2016.

Bagi setiap kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta yang sama.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM42,000 atau enam bulan penjara jika gagal menjelaskan denda bagi pertuduhan pertama.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh dijatuhi hukuman denda RM40,000 atau enam bulan penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan.

Tertuduh turut dijatuhi hukuman denda RM RM90,000 dan tiga tahun penjara atau 12 bulan penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan

Bagaimanapun, mahkamah mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak bermula daripada tarikh sabitan hari ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Farah Yasmin Salleh dan Pegawai Pendakwa SPRM, Nur Raihan Mohd Yusof manakala tertuduh diwakili peguam, G Ravishankar

-Harian Metro

Tags: BombaPenjaraSalah Guna Kuasa
Share209Tweet131SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd