• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suhaizan Ingatkan PAS Perlu Sokongan Pelbagai Kaum

oleh Ahmad Albab
06/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat yang tewas dalam pemilihan parti itu baru-baru ini mengingatkan pucuk pimpinan baharu PAS bahawa parti itu perlu mendapat sokongan pelbagai kaum jika mahu menang pilihan raya umum dan menjadi parti yang hebat.

Kata beliau, PAS perlu membawa wajah Islam dalam kerangka yang mudah diterima oleh masyarakat pelbagai latar belakang di Malaysia dan tidak hanya mengharapkan sokongan ahli parti semata-mata.

“Untuk menjadi parti yang hebat dan mampu memerintah, PAS mestilah berusaha dengan lebih gigih untuk mendapat sokongan dari semua kaum di Malaysia.

“Wajah Islam yang dibawa mestilah dalam kerangka yang mudah diterima oleh masyarakat pelbagai latar belakang di Malaysia. Melainkan jika kita hanya nak mengharapkan sokongan ahli-ahli kita sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suhaizan dalam pada itu memuji bekas pimpinan PAS yang lain yang turut disingkirkan oleh golongan ulama dalam pemilihan PAS 2015 semalam seperti Dr. Hatta Md. Ramli, Hanipa Maidin dan Khalid Samad.

Menurutnya, semua bekas pemimpin PAS tersebut telah memainkan peranan yang baik membawa imej Islam yang sederhana ke atas masyarakat selama ini.

Kata beliau, usaha mereka berjaya menarik perhatian bukan Islam dan kurang faham Islam untuk sama-sama menyokong dan menghormati PAS hingga memberi kejayaan kepada parti itu dalam pilihan raya. – mynewshub.cc

 

Tags: PASSuhaizan Kayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd