• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

123 Rakyat Malaysia Selamat Naiki Penerbangan Khas Dari Bangladesh

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
123 Rakyat Malaysia Selamat Naiki Penerbangan Khas Dari Bangladesh
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seramai 123 rakyat Malaysia telah selamat menaiki penerbangan khas AirAsia AK76 pada Selasa, jam 11.23 pagi waktu tempatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal, Dhaka, Bangladesh untuk pulang ke tanah air.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata, kesemua mereka dijangka tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 5.10 petang waktu Malaysia.

Ketibaan mereka akan disambut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution; Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin dan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud.

“Kementerian juga ingin memaklumkan bahawa beberapa rakyat Malaysia telah memutuskan untuk kekal di Bangladesh. Sebahagian daripada mereka adalah pelajar tahun akhir dan rakyat Malaysia yang bekerja di negara itu.

“Mereka yang memilih untuk kekal adalah disarankan untuk terus berkomunikasi dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka bagi menerima maklumat terkini dan sokongan jika perlu. Pihak suruhanjaya sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan serta memastikan keselamatan mereka terjamin,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka akan terus beroperasi seperti biasa dan memantau situasi dengan rapat, sedia bertindak dengan pantas terhadap sebarang perkembangan, serta memastikan semua rakyat Malaysia di Bangladesh mendapat maklumat dan sokongan yang diperlukan.

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka telah menyelaraskan proses ini dengan kerjasama rapat daripada kerajaan Bangladesh.

“Sehubungan itu kerajaan Malaysia ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kerajaan Bangladesh atas kerjasama baik yang telah diberikan dalam memastikan proses membawa pulang rakyat Malaysia dapat dilaksanakan dengan berkesan,” katanya.

Seramai 192 rakyat Malaysia berada di Bangladesh membabitkan 124 pelajar, bukan pelajar (58), dan keluarga petugas kedutaan (10).

Penerbangan khas atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bagi membawa pulang mereka susulan ketegangan di negara berkenaan

Anwar ketika merasmikan Persidangan Cukai Kebangsaan 2024 pada Isnin dilaporkan berkata, kerajaan memutuskan untuk membawa pulang pelajar Malaysia di Bangladesh kerana mengutamakan keselamatan mereka, berikutan ketegangan yang memuncak di negara itu.

Beliau berkata, ia susulan pemantauan Kementerian Luar terhadap perkembangan mutakhir di Bangladesh.

SinarHarian-

Tags: Bangladeshpenerbangan khasrakyat Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Bukan Malas, Tetapi Gaji Ditawarkan Sama Seperti Pekerja Asing – Johari Ghani

Rakyat Malaysia Bukan Malas, Tetapi Gaji Ditawarkan Sama Seperti Pekerja Asing – Johari Ghani

04/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan rakyat Malaysia bukan malas atau tidak...

Rakyat Malaysia Teruja, Terharu Lihat PMX Anwar Sanggup Berhujan Tonton Konsert Siti Nurhaliza

Rakyat Malaysia Teruja, Terharu Lihat PMX Anwar Sanggup Berhujan Tonton Konsert Siti Nurhaliza

18/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup berhujan demi menyaksikan Konsert Tradisional Gema Bumantara Biduanita Negara, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd