• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pulau Pinang Bincang Projek Penting Dengan MOF Esok

oleh AK-47
20/06/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pulau Pinang Bincang Projek Penting Dengan MOF Esok
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang akan membincangkan mengenai beberapa projek penting yang dimohon daripada kerajaan Pusat dalam mesyuarat bersama Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada Jumaat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, antara projek dalam pertimbangan yang akan dibincangkan ialah pembinaan Projek Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua dan Projek Air Perak- Pulau Pinang.

Selain itu, menurut Kon Yeow, kerajaan negeri juga berharap mendapat sokongan daripada Kementerian Kewangan (MOF) berhubung insentif kepada syarikat yang melabur di Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu (IC) dan Digital.

“Kita akan bincang beberapa projek yang sedang dalam pertimbangan dengan Menteri MOF esok.

“Selain itu, kerajaan negeri berharap MOF akan menyokong dan membantu menyediakan insentif tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Ketua Menteri di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Kon Yeow turut akan membincangkan cadangan berhubung kajian semula sistem agihan cukai oleh kerajaan Pusat kepada negeri.

“Selain berhubung projek, saya juga akan membincangkan cadangan tersebut yang mana sebelum ini, saya telah membawa isu berkenaan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri bulan lalu,” katanya.

Sebelum ini, Kon Yeow menyatakan kerajaan negeri memohon kerajaan Pusat mengkaji semula sistem agihan cukai kepada negeri dengan memulangkan sekurang-kurangnya 20 peratus hasil cukai yang dikutip daripada Pulau Pinang kepada negeri itu semula.

Kata Kon Yeow, beliau akan membawa cadangan tersebut ke Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pulau Pinang terlebih dahulu sebelum dibawa ke peringkat Pusat.

-Sinar Harian

Tags: MOFPulau Pinang
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya melahirkan kekesalan terhadap apa yang disifatkannya sebagai semakin banyak kebudayaan dan kesenian...

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd