• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelancong Baca Ayat Al-Quran Di Batu Caves Mohon Maaf

oleh Mohd Arshad
25/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lebih 700,000 Murid Terima Manfaat Program Susu Sekolah
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang pelancong asing yang tular kerana membaca potongan ayat al-Quran di hadapan kuil Hindu Batu Caves, Selangor memohon maaf di atas keterlanjurannya hingga mencetuskan kemarahan masyarakat di negara ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pempengaruh yang menggunakan nama Abdeen itu berkata, dia tidak berniat mahu menyentuh sensitiviti mana-mana agama kerana menganggap Batu Caves sekadar lokasi bersejarah dan semua pelancong boleh merakam video bagi tujuan peribadi.

Menurut pelancong tersebut, pada mulanya dia tidak tahu-menahu bahawa Batu Caves merupakan pusat ibadat bagi agama Hindu.

“Saya tak tahu perkara ini boleh melukai hati ramai pihak terutamanya penganut agama Hindu dan saya minta maaf kerana buat semua kecewa.

“Ia bukan niat saya untuk buat orang ramai merasa sedih tentang bacaan ayat al-Quran yang saya lakukan di kebanyakan tempat.

“Tetapi, saya sedih kerana ramai yang menghantar mesej atau komen untuk mengugut padahal saya hanya mahu sebarkan kebaikan,” katanya menerusi hantaran video di Tiktok pada Sabtu.

Sebelum ini, video yang dimuat naik di TikTok menerusi akaun @abdeentube mendapat kecaman dan perhatian pelbagai pihak termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar serta ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan.

Mohd Na’im memaklumkan, ia perbuatan yang sangat tidak wajar kerana gagal menghormati agama dan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Tambah beliau, tindakan tidak sensitif individu ini yang membaca Surah al-Anbiya’ ayat 66 dan 67 di tempat ibadat bukan Islam mampu mengganggu gugat keamanan serta keharmonian masyarakat.

SinarHarian-

Tags: Ayat Al-QuranBatu CavesPelancong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Bas Bawa 20 Pelancong China Rempuh Treler, Pemandu Parah

Bas Bawa 20 Pelancong China Rempuh Treler, Pemandu Parah

22/03/2025
0

Nilai: Bas yang membawa 20 pelancong warga China terbabit kemalangan dekat Kilometer 43, Lebuhraya Utara- Selatan Hubungan Tengah (Elitte), di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd