• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Hantar Pasukan Hazmat Ke China, Belajar Tentang Hidrogen

oleh Mohd Arshad
20/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bomba Hantar Pasukan Hazmat Ke China, Belajar Tentang Hidrogen
Share on FacebookShare on Twitter

Kuching : Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JPBM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, bomba perlu mendahului teknologi supaya kompetensi dan kemahiran selari dengan kemajuan industri semasa.

“Perancangan kita tahun ini adalah menghantar tiga pasukan ke China untuk melihat bagaimana keadaan industri di sana dan mengadakan kolaborasi.

“Kita akan bawa kemahiran dan kompetensi tersebut ke Malaysia untuk kita buat peraturan dan cara mengawal selia,” katanya selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023 JPBM di sini, hari ini

Nor Hisham berkata, bomba perlu sentiasa bersedia, melengkapkan anggota-anggotanya dengan kepakaran dan keperluan mengikut lokasi, dalam konteks hidrogen ini, merujuk kepada keperluan di Sarawak.

“Pasukan Hazmat perlu mengenal pasti Prosedur Operasi Standard dalam menangani sebarang bencana akibat daripada letupan bahan kimia.

“Contohnya hidrogen, memang hidrogen itu sendiri adalah gas natural, namun apabila konsentrasinya berada pada tahap yang tinggi apakah yang akan terjadi?” katanya.

Ketika berucap pada majlis itu, Nor Hisham berkata Sarawak adalah antara negeri yang pesat membangun dan dijangka akan beralih menjadi negeri berekonomi besar.

Justeru, katanya, pembangunan prasarana secara besar-besaran dijangka akan berlaku dalam pelbagai sektor dan akan menjadi cabaran kepada bomba dalam penguatkuasaan keselamatan kebakaran serta operasi kebombaan dan penyelamatan.

-Harian Metro

Tags: BombaChinaHidrogenPasukan Hazmat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Tumpahan Merkuri Di Makmal Sekolah, HAZMAT Bertindak Pantas Elak Risiko Lebih Besar

Tumpahan Merkuri Di Makmal Sekolah, HAZMAT Bertindak Pantas Elak Risiko Lebih Besar

28/04/2026
0

BALIK PULAU, PULAU PINANG – Satu insiden tumpahan bahan kimia berbahaya melibatkan merkuri dilaporkan berlaku di sebuah makmal sains di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd