• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IRGC Beri Amaran Tindak Balas Lebih Besar

oleh Mohd Arshad
14/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Konflik Iran-Israel: TH Teruskan Persiapan Bagi Musim Haji 2024 Seperti Dirancang – Mohd Na’im
Share on FacebookShare on Twitter

TEHERAN – Ketua Komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) memberi amaran bahawa Iran akan bertindak balas lebih tegas jika Israel melancarkan sebarang provokasi ketenteraan terhadap Operasi Janji Benar pada Sabtu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

“Rejim Zionis perlu belajar daripada serangan balas ini. Jika mereka masih berdegil, nantikan respons kami yang lebih dahsyat berdasarkan pengalaman baharu yang kami peroleh daripada keupayaan sebenar musuh,” ujar Mejar Jeneral, Hossein Salami pada Ahad.

Seorang lagi komander kanan IRGC juga senada dengan beliau dan menegaskan sebarang provokasi ketenteraan selanjutnya oleh rejim Zionis bakal menyaksikan tindak balas lebih besar dari Iran.

Peringatan itu diberikan menerusi wawancara bersama Press TV selepas konflik terbaharu tercetus di Asia Barat di tengah-tengah Perang Gaza yang masih sengit dan tiada tanda akan reda dalam masa terdekat.

Teheran akhirnya menunaikan ikrar dibuat 13 hari lalu dengan melancarkan ratusan misil dan dron ke atas Tel Aviv sebagai respons terhadap serangan pengganas terhadap Kedutaan Iran di ibu kota Syria yang turut meragut nyawa tujuh anggota IRGC termasuk dua komander kanan unit elit Quds, Jeneral Mohammad Reza Zahedi dan timbalannya, Jeneral Hadi Haj Rahemi.

Menurut Teheran, tindakan ketenteraan itu adalah sah di bawah Perkara 51 Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membenarkan tindakan mempertahankan diri jika serangan bersenjata berlaku ke atas negara anggota badan dunia tersebut.

Jelas Iran lagi, mereka terpaksa bertindak selepas pertubuhan antarabangsa terutamanya Majlis Keselamatan PBB (UNSC) yang berdiam diri dan mengabaikan insiden serangan ganas Israel pada 1 April lalu.

Ia juga gagal menghukum rejim Zionis sejajar dengan Perkara 7 Piagam PBB yang menghendaki badan tersebut menentukan kewujudan sebarang ancaman terhadap keamanan dan mengemukakan cadangan bagi memulihkan keselamatan.

Iran akhirnya terpaksa mengambil inisiatif sendiri melancarkan serangan balas menggunakan keupayaan strategik, misil dan dron untuk menyasarkan tentera pengganas Zionis di Tel Aviv yang sememangnya tidak dijangka musuh mereka sama sekali.

Amaran sama turut dinyatakan Wakil Tetap Iran ke PBB, Amir Saeid Iravani menerusi surat dihantar kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dan Presiden Majlis Keselamatan, Vanessa Frazier selepas tindakan nekad tersebut dikhuatiri pemimpin dunia.

“Kami tidak akan teragak-agak untuk menggunakan hak mempertahankan diri jika perlu. Israel wajar hentikan sebarang provokasi ketenteraan ke atas Teheran,” tegasnya.

Iravani memberitahu Iran sentiasa berusaha melindungi rakyat, keselamatan, kepentingan, kedaulatan dan integriti dalam menghadapi ancaman musuh berdasarkan undang-undang antarabangsa.

SinarHarian-

Tags: amaranIRGCtindak balas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Beri Amaran Keras, Tak Puas Hati Alasan Norjuma, Naikkan Wang Jaminan

Mahkamah Beri Amaran Keras, Tak Puas Hati Alasan Norjuma, Naikkan Wang Jaminan

26/07/2024
1

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, memberi amaran kepada bekas personaliti televisyen, Norjuma Habib Mohamed, kerana gagal menghadirkan...

Jepun: Amaran Tsunami Dikeluarkan Selepas Gempa Bumi Magnitud 7.6

Jepun: Amaran Tsunami Dikeluarkan Selepas Gempa Bumi Magnitud 7.6

01/01/2024
0

TOKYO: Gempa bumi kuat dengan skala ritcher 7.6 magnitud melanda wilayah tengah Jepun, Ishikawa hari ini, menurut Agensi Meteorologi Jepun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd