• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kajian Naikkan Kadar Minimum Pendaftaran Haji Sedang Dibuat – TH

oleh Mohd Arshad
02/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kajian Naikkan Kadar Minimum Pendaftaran Haji Sedang Dibuat – TH
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Lembaga Tabung Haji (TH) sedang melaksanakan kajian terperinci berhubung perancangan menaikkan kadar minimum pendaftaran haji daripada RM1,300 kepada kadar yang lebih munasabah selari dengan peningkatan kos semasa menunaikan ibadat haji.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman, berkata setakat ini perkara itu masih diteliti dan belum dimuktamadkan.

“Perancangan untuk tingkatkan ‘threshold’ (nilai ambang) daripada RM1,300 (yang ditetapkan) buat masa ini untuk mereka (jemaah) layak daftar haji kepada satu kadar lebih tinggi (sedang dibuat).

“Namun, kita sedang mengkaji kadar itu dan belum ada kata muktamad mengenainya,” katanya pada sidang media Pengumuman Agihan Keuntungan TH Bagi Tahun Kewangan 2023 di Menara TH yang disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Yang turut hadir, Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain.

Syed Hamadah turut memaklumkan, berkemungkinan pengumuman mengenai perkara itu akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Pada Januari lalu, Mohd Na’im berkata, pihaknya sudah melaksanakan perbincangan dengan pengurusan tertinggi TH berhubung syor menaikkan kadar minimum pendaftaran haji selari dengan kos haji semasa.

Katanya, cadangan itu sudah dikemukakan kepada TH supaya perubahan dilakukan terutama berkaitan mekanisme pendaftaran haji.

Ini berikutan, kos semasa pendaftaran haji iaitu RM1,300 bagi seorang pendeposit terlalu rendah dengan wujud keperluan untuk TH memperhalusi mekanisme pemilihan jemaah haji termasuk aspek kemampuan kewangan mereka.

Dalam perkembangan berkaitan kuota tambahan haji, Syed Hamadah berkata, setakat ini belum ada keputusan muktamad mengenainya.

“Kuota rasmi Malaysia untuk musim haji kali ini yang diumumkan Arab Saudi adalah 31,600. Ia (setakat ini) masih kekal, pihak kami sudah berusaha untuk mendapatkan kuota tambahan, tetapi masih terlalu awal untuk mendapatkan jawapan (mengenainya).

“Setakat ini, keseluruhan 31,600 jemaah haji kita menerima tawaran untuk tunaikan haji. Kebanyakan mereka adalah yang memang berada dalam giliran bagi tahun ini, selain ada ‘backlog’ (tunggakan) daripada tahun sebelumnya disebabkan penangguhan musim haji pada 2020 dan 2021 disebabkan COVID-19,” katanya.

Beliau berkata, daripada jumlah keseluruhan itu enam peratus daripadanya adalah jemaah yang terpilih melalui proses rayuan haji.

Menjawab mengenai peningkatan ketara kos haji beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Hamadah berkata, TH mengakui berdepan cabaran besar, namun sentiasa komited untuk mengambil pendekatan sebaiknya bagi mengatasi keadaan terbabit.

“Kos haji yang diumumkan awal tahun ini hanya menunjukkan peningkatan sebanyak lapan peratus. Kebanyakannya membabitkan faktor yang berada di luar kawalan TH, ia ntaranya dipengaruhi kemajuan pesat berlaku di sekitar Masjidil Haram dan Kota Madinah.

“Jadi, TH terus memantau dan memberi penumpuan untuk tahun akan datang bagi menangani kos menunaikan haji (yang terus meningkat) dengan melaksanakan inisiatif baharu, selain merangka tindakan penjimatan dari segi kos operasi untuk tahun akan datang,” katanya.

Untuk rekod, bagi musim haji kali ini, bayaran untuk seorang bakal haji Muassasah kumpulan B40 yang kali pertama menunaikan ibadah itu ditetapkan pada RM12,356, manakala RM19,152 bagi kumpulan M40.

Kos haji bagi seorang bakal haji Muassasah untuk musim haji tahun ini meningkat kepada RM33,300, berbanding RM30,850 tahun lalu.

Berikutan peningkatan kos haji, TH memperuntukkan bantuan kewangan haji (HAFIS) sehingga 63 peratus daripada kos haji untuk golongan B40, manakala 42 peratus bagi M40.

Bagi golongan T20 pula,sebagaimana tahun lalu, jemaah dikehendaki membuat bayaran penuh iaitu RM33,300.

-Berita Harian

Tags: HajikajianPendaftaran HajiTH
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah Terima Duit Raya RM500

Next Post

Duta Baru – Boikot Jejaskan Rakyat Malaysia, Bukan AS, Israel

Related Posts

TH Umum Kos Mengerjakan Haji 2025 Pagi Esok

TH Umum Kos Mengerjakan Haji 2025 Pagi Esok

15/12/2024
0

ALOR SETAR : Kos mengerjakan haji untuk tahun depan sama ada meningkat atau kekal akan diumumkan Tabung Haji (TH) pagi...

Kos Haji Meningkat Atau Kekal Diumum Pada Isnin

Kos Haji Meningkat Atau Kekal Diumum Pada Isnin

14/12/2024
0

SHAH ALAM - Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama...

Next Post
Duta Baru – Boikot Jejaskan Rakyat Malaysia, Bukan AS, Israel

Duta Baru - Boikot Jejaskan Rakyat Malaysia, Bukan AS, Israel

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd