• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Belum Dapat Sahkan Pemilik Bagasi Berisi RM500,000 – KP Selangor

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mahkamah Arahkan McDonald’s Seluruh Sri Lanka Ditutup
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Polis belum dapat mengesahkan sama ada bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 yang ditemukan di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara pada Rabu lalu adalah milik sebuah syarikat teknologi maklumat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata selagi pengarah syarikat itu tidak tampil memberi keterangan, pihaknya tidak boleh mengesahkan status wang berkenaan dan ia tidak boleh dituntut atau diserahkan kepada mana-mana pihak.

“Kita ada terima laporan dari seorang individu yang mengaku pengarah sebuah syarikat teknologi maklumat dan mendakwa wang berkenaan milik syarikat itu, tetapi malangnya selepas beberapa hari, pengadu masih gagal hadir ke balai atas pelbagai alasan.

“Jadi kita masih belum dapat mengesahkan wang itu kepunyaan syarikat terbabit selagi pengadu tidak tampil memberi keterangan,” katanya selepas Perhimpunan Peringatan Hari Polis ke-217 peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Hussein berkata, wang itu tidak boleh dituntut begitu sahaja tanpa pihak berkenaan memberikan bukti dan rekod yang jelas kepada pihak polis.

Media sebelum ini melaporkan, seorang pengawal keselamatan menemukan bagasi berisi wang tunai berjumlah lebih RM500,000 di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara.

Semalam, pengawal keselamatan berusia 30-an itu membuat laporan polis mengenai penemuan bagasi berwarna merah jambu dan putih bersaiz sederhana yang dijumpainya pada 8 pagi, 20 Mac lalu.

Berhubung perkembangan siasatan kes pukul seorang anggota polis hingga maut dua hari lalu, Hussein berkata keberadaan mangsa di sebuah pangsapuri di Taman Impian Indah, Kajang itu dipercayai untuk menziarahi ahli keluarga sebelum ditemukan maut.

Beliau berkata, siasatan mendapati anggota yang berkhidmat dengan Kontinjen Kuala Lumpur itu tinggal di Kuarters Polis Sungai Besi, Cheras dan sebelum menziarahi ahli keluarganya dipercayai berlaku pertengkaran antara mangsa dan isteri

“Tiada sebarang senjata dijumpai di lokasi kejadian dan orang awam yang mempunyai maklumat serta melihat kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan,” katanya.

Semalam, lima lelaki berusia 19 hingga 23 tahun ditahan untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bernama-

Tags: bagasipolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd