• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Peruntuk RM244 Juta Bantu Veteran ATM

oleh Mohd Arshad
03/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Beras Import RM9.90 Licin Dalam Masa 15 Minit
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI: Kementerian Pertahanan memperuntukan RM244 juta melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) bagi penyediaan Skim Bantuan Kebajikan (SBK) kepada veteran ATM pada tahun ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Menterinya, Adly Zahari, berkata bantuan kewangan itu adalah kesinambungan kepada program sama tahun lalu diberikan kepada Veteran ATM bertujuan untuk meringankan beban sara hidup.

“Sejumlah RM244 juta diperuntukan kepada JHEV ATM bagi penyediaan SBK meliputi aspek kesihatan, pendidikan, perumahan termasuk Bantuan Sara Hidup (BSH) sepanjang tahun ini.

“Malah, peruntukan BSH ditingkatkan tiga kali ganda pada tahun ini kepada RM174 juta, berbanding RM54 juta tahun lalu,” katanya selepas menghadiri Program Peduli Veteran ATM (PPV) Peringkat Negeri Kedah di Kampung Bubur Temonyong di sini, hari ini.

Adly berkata, sehingga 1 Mac lalu, seramai 26,551 veteran ATM di seluruh negara yang berpencen dan tidak berpencen menerima BSH sebanyak RM300 sebulan.

“Justeru, pihak kementerian beriltizam untuk terus komited mempertingkatkan PPV menerusi siri lawatan kebajikan akan datang supaya tiada veteran ATM yang terpinggir daripada menerima insentif yang disediakan.

“Sebanyak 16 program PPV dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara sepanjang tahun ini, termasuk membabitkan wilayah Sabah dan Sarawak,” katanya.

Mengenai program PPV, Adly berkata, pihaknya mengadakan lawatan ke empat rumah veteran ATM di sekitar Langkawi yang mengalami sakit kritikal, uzur serta hidup dalam keadaan daif.

“Kita juga menyantuni veteran ATM, Mohd Azam Ibrahim, 56, yang mengusahakan warung nasi ayam di Kampung Bubor Temonyong dan menyumbang khemah bagi kemudahannya berniaga,” katanya.

BHonline-

Tags: bantuanKementerian PertahananVeteran ATM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Public Health Malaysia Hargai Sumbangan Kerajaan Johor, Onn Hafiz

Public Health Malaysia Hargai Sumbangan Kerajaan Johor, Onn Hafiz

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman media sosial Public Health Malaysia (PHM) hari ini secara terbuka menyatakan penghargaan terhadap kerajaan Johor di...

Bangladesh Minta Bantuan Malaysia Bekalkan LNG – PMX Anwar

Bangladesh Minta Bantuan Malaysia Bekalkan LNG – PMX Anwar

28/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Bangladesh memohon bantuan Malaysia membekalkan gas asli cecair (LNG) bagi membantu memenuhi keperluan mendesak negara itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd