• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPN Buat Lawatan Mengejut Ke IPD Kajang

oleh Mohd Arshad
11/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Keputusan Mahkamah Persekutuan Hanya Kerana DUN Kelantan Langkau Bidang Kuasanya – JKSM
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Berpegang kepada prinsip kepimpinan melalui teladan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain turun padang melakukan tinjauan bagi melihat sendiri penugasan dan operasi harian pegawai serta anggotanya di lapangan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Semalam beliau mengadakan lawatan mengejut ke Pusat Kawalan Daerah (DCC), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Selangor.

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Polis Diraja Malaysia (PDRM) pagi tadi, beliau yang hanya mengenakan pakaian kasual itu tiba di IPD berkenaan tanpa pegawai pengiring.

Tan Sri Razarudin dilihat memeriksa log tugasan, selain memberikan nasihat serta teguran kepada pegawai dan anggota yang bertugas.

Ia termasuk mengingatkan mereka untuk sentiasa komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, disamping mengutamakan keselamatan diri ketika bertugas.

“Selamat bertugas kepada semua, bertugas dengan baik, jaga keselamatan, jaga diri. Jaga harta kerajaan juga, selain untuk jaga masyarakat,” katanya menerusi radio mudah alih pegangan tangan atau walkie-talkie yang menghubungkan kepada semua petugas PDRM IPD Kajang di lapangan.

Sementara itu, di ruangan komen pula ramai yang memuji tindakan beliau turun padang melihat penugasan PDRM, meskipun ketika cuti Tahun Baharu Cina.

BHonline-

Tags: IPD KajangKPNlawatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar...

Elak Masuk KL 26-28 Oktober Jika Tiada Urusan Mustahak – KPN

Elak Masuk KL 26-28 Oktober Jika Tiada Urusan Mustahak – KPN

23/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya tidak memasuki ibu negara sepanjang berlangsungnya Sidang Kemuncak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd