• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Dipenjara, Denda Kerana Cederakan Kakak Ipar Guna Tukul Besi

oleh Mohd Arshad
05/02/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Lelaki Dipenjara, Denda Kerana Cederakan Kakak Ipar Guna Tukul Besi
Share on FacebookShare on Twitter

Muar : Pekerja pemotong kelapa sawit mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memukul kakak iparnya menggunakan tukul besi hingga cedera kerana berang ditegur mabuk, lima tahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Parthivan Periyathamby, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang masih bujang didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap kakak iparnya, Avachee Periakaruppan, 57, hingga parah.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Lorong Dato Ahmad, di sini, pada jam 9 malam, 2 Disember 2019.

Berikutan itu, dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum Seksyen 325 Kanun Keseksaan dengan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Arif Marzuki manakala tertuduh diwakili Tan Xin Ran daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhi hukuman setimpal dengan mengambil kira keganasan dilakukan tertuduh yang menyebabkan mangsa cedera.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh dilaporkan bertandang ke rumah mangsa sebelum berlaku perselisihan hingga membawa kepada kecederaan.

Mangsa dalam keadaan parah ketika itu, menghubungi ahli keluarga bagi mendapatkan pertolongan sebelum dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, di sini, untuk rawatan.

Selepas mendengar hujahan dan rayuan kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhi hukuman penjara sehari serta denda RM4,500 serta mengarahkan tertuduh dipenjara 11 bulan jika gagal membayar denda terbabit.

-Harian Metro

Tags: Penjaratukul besi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali detik sukar yang pernah dilaluinya, tetapi golongan pemandu teksi...

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

13/06/2026
0

SEREMBAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri hari ini adalah ketentuan Allah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd