• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pilihan Raya AS: Vivek Ramaswamy Tarik Diri, Ikrar Sokong Trump

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tun M Suarakan Kebimbangan Jika RUU Penggal Tetap Diwujudkan
Share on FacebookShare on Twitter

DES MOINES – Calon presiden dari parti Republikan, Vivek Ramaswamy pada Isnin mengesahkan beliau menarik diri daripada pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) dan menyokong bekas presiden, Donald Trump.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ini berikutan keputusan undian kokus Iowa untuk calon Republikan dalam pilihan raya presiden yang akan datang, lapor Sputnik.

“Kami akan menggantung kempen (pemilihan) presiden ini dan ia perlu dilakukan, tiada jalan untuk saya menjadi presiden seterusnya,” kata Ramaswamy di ibu pejabatnya di Des Moines.

Ketika Trump selesa mendahului dengan 51 peratus undi semasa pengiraan hampir selesai, Ramaswamy yang mendapat tujuh peratus undi menyuarakan sokongan terhadap rakan Republikan itu.

“Saya mengucapkan tahniah kepada beliau atas kemenangannya dan sekarang, anda (Trump) akan mendapat sokongan penuh saya untuk jawatan presiden,” kata Ramaswamy.

Ditanya sama ada beliau akan menjadi naib presiden Trump jika menang, Ramaswamy berkata, beliau akan melakukan apa sahaja yang betul untuk negara.

Pada Isnin malam, kokus Iowa memulakan musim pilihan raya presiden Amerika Syarikat 2024 di peringkat primari presiden yang melibatkan Trump; bekas duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Nikki Haley; Gabenor Florida, Ron DeSantis.

Untuk memenangi pencalonan Republikan, seorang calon perlu mendapatkan undi daripada 1,215 perwakilan.

Bernama-

Tags: Amerika SyarikatPilihan RayaVivek Ramaswamy
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamad Sabu Dakwa Fahaman Ekstrem Kanan Kembali Selepas DAP Muncul Hebat

Mohamad Sabu Dakwa Fahaman Ekstrem Kanan Kembali Selepas DAP Muncul Hebat

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa fahaman ekstrem kanan yang berbahaya kepada negara...

PH Akan Bangkit Dalam Masa Terdekat – Ismail Salleh

PH Akan Bangkit Dalam Masa Terdekat – Ismail Salleh

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Ismail Salleh yakin PH akan bangkit dalam masa terdekat. Kata beliau,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd