• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tambang Bas Sekolah Dijangka Naik

oleh Mohd Arshad
14/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Khianat Api Rumah Koo Ham: Lelaki Ditahan Negatif Dadah
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Tambang bas sekolah bagi sesi persekolahan penggal baharu pada Mac ini dijangka akan meningkat susulan pertambahan kos operasi dan penyelenggaraan jentera terutama di kawasan bandar seperti Lembah Klang.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia Amali Munif Rahmat berkata, jumlah peningkatan harga itu bagaimanapun tidak sama dan ia akan bergantung kepada operator selaku pihak yang menjalankan operasi.

Menurutnya, ia juga berdasarkan kawasan dan kos operasi selepas kerajaan sudah tidak mengawal tambang bas sekolah dan ia mengikut kepada pasaran sejak Januari 2015, malah pihaknya juga tiada kuasa menetapkan perkara berkenaan.

“Memang kemungkinan ada peningkatan harga untuk penggal baharu tetapi saya tidak pasti berapa jumlahnya kerana ia berbeza mengikut operator itu sendiri dengan mereka perlu mengambil kira margin perniagaan dan situasi semasa.

“Ketika ini alat ganti kenderaan mahal dan lebih 80 peratus alat ganti diimport dari luar. Kalau dulu mungkin harga alat ganti RM100 tetapi sekarang RM120 hingga RM150 selain itu kita perlu melihat kos penyelenggaraan bulanan.

“Kita perlu menukar minyak hitam dan perlu juga melihat berapa jauh perjalanan bas itu setiap bulan sebab itu saya kata operasi setiap operator tidak sama, malah ada juga operator perlu membayar parkir kalau tidak akan disaman,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, pihak persatuan hanya boleh memberi nasihat dan garis panduan kepada operator yang ia akan mengambil kira dan bergantung terhadap kajian semula penyata untung rugi, selain kata sepakat pihak berkenaan bersama ibu bapa.

“Antara pelanggan setia bas sekolah adalah golongan B40 kerana ibu bapa bekerja dan kita pun ada pertimbangan, malah ada mencadangkan kepada operator untuk memberi diskaun kepada ibu bapa yang mempunyai lebih empat anak yang menggunakan perkhidmatan bas sama,” katanya.

Beliau berkata, dia memahami tanpa kenaikan harga tambang ketika kos penyelenggaraan semakin meningkat ia hanya akan mengheret pengusaha kepada kerugian yang akhirnya tidak mustahil akan menyebabkan mereka pula gulung tikar.

“Bilangan bas sekolah selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semakin berkurangan hampir 50 peratus dan sekarang permintaan bas sekolah memang tinggi tetapi dalam perkara ini (kenaikan tambang) kedua-dua pihak saling memerlukan dan perlu memahami mengenainya.

“Dalam masa sama saya berharap pihak operator kalau boleh jangan naikkan harga tanpa keperluan dan (boleh) naikkan tambang jika ia memang memerlukan dalam keadaan yang sewajarnya,” katanya.

HarianMetro-

Tags: meningkatTambang Bas Sekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Alhamdulillah Kutipan Zakat Negeri Johor  RM449 Juta, 435 Ketua Kampung Dilantik Amil Agihan – Mohd Fared

Alhamdulillah Kutipan Zakat Negeri Johor RM449 Juta, 435 Ketua Kampung Dilantik Amil Agihan – Mohd Fared

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Penyandang Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid melahirkan rasa syukur kutipan...

Peruntukan Sekolah Persendirian Cina Naik Kepada RM20.16 Juta, Bukti Sokongan Kerajaan Madani – Teo Nie Ching

Peruntukan Sekolah Persendirian Cina Naik Kepada RM20.16 Juta, Bukti Sokongan Kerajaan Madani – Teo Nie Ching

17/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Peruntukan kepada sekolah persendirian Cina meningkat daripada RM12 juta pada tahun 2019 dan RM15 juta pada tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd