• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Langkah Dubai: Empat Individu Dipanggil Beri Keterangan

oleh Mohd Arshad
12/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Aminah Fail Kebenaran Semakan Kehakiman, Tuntut Kerajaan Segerakan Pelarasan Pencen, Bayar Tunggakan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah memanggil empat individu bagi dirakam percakapan berhubung gerakan Langkah Dubai yang didakwa untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain @ Abd Rasid berkata, empat individu yang dipanggil memberi keterangan adalah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop; Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo; Badrul Hisham Shaharin (CheguBard) dan Mohamad Salim Iskandar.

Beliau berkata, kesemuanya dipanggil bagi dirakam percakapan berdasarkan Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah pada Jumaat berhubung dakwaan menjatuhkan kerajaan.

“Sejumlah 145 laporan polis diterima berkaitan dengan isu yang sama.

“PDRM juga telah membuka satu kertas siasatan berhubung dakwaan Perikatan Nasional (PN) cuba memberi rasuah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menggulingkan kerajaan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah Razarudin, sebanyak empat laporan polis diterima berhubung isu yang sama.

Kata beliau, kes masih di peringkat siasatan dan PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan komen yang boleh mengganggu proses siasatan.

“PDRM turut mengingatkan orang ramai bahawa tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mereka yang cuba memanipulasi isu-isu sensitif terutama melibatkan kegentaran awam dan keselamatan negara.

“Kertas siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara selari dengan peruntukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya.

SinarHarian-

Tags: keteranganLangkah Dubai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MCMC Rakam Keterangan Ketua Editor, Pengarang Dalam Talian China Press

MCMC Rakam Keterangan Ketua Editor, Pengarang Dalam Talian China Press

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sudah merakam keterangan Ketua Editor dan Pengarang Dalam Talian China Press, berhubung...

Kes Nahas Pelajar UPSI: 18 Saksi Sudah Beri Keterangan, Video Tular Dianalisis Forensik Bukit Aman

Kes Nahas Pelajar UPSI: 18 Saksi Sudah Beri Keterangan, Video Tular Dianalisis Forensik Bukit Aman

11/06/2025
0

IPOH: Polis sudah merekodkan kenyataan 18 individu bagi membantu siasatan nahas ngeri di Kilometer 53 Jalan Raya Timur Barat (JRTB)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd