• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bunuh Pemandu E-hailing: Mahkamah Benar Pendakwaan Bantah Dua Laporan Polis Tertuduh

oleh Mohd Arshad
05/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Gangguan Air Pulau Pinang: Sekolah Boleh Laksana PdPR
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU: Mahkamah Tinggi Tawau membenarkan bantahan dikemukakan pihak pendakwaan terhadap dua dokumen membabitkan laporan polis yang dikatakan dibuat salah seorang tertuduh dan keluarganya dalam kes bunuh pemandu e-hailing pada 13 Januari tahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Keputusan dibuat Hakim Datuk Duncan Sikodol dengan laporan polis itu antara lain menyatakan tertuduh didesak mengaku terbabit pembunuhan kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Tawau ketika ini.

Dokumen itu dikemukakan dan disebut peguambela Abdul Gani Zelika yang mewakili salah seorang tertuduh, Rosdi Rostam, ketika pemeriksaan balas terhadap saksi ke-11, Inspektor Amir Aiman Abu.

Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fakhrurrazi Ahmad berkata, bantahan dibuat kerana ‘laporan polis’ itu tidak dapat dibuktikan apabila tiada tanda tangan atau nama pengadu.

“Ia hanya sehelai kertas yang tidak diketahui siapa membuatnya (laporan) dan sama ada versi laporan ini adalah benar, serta tidak diketahui sama ada isi kandungannya adalah benar.

“Selain itu, salinan laporan polis yang sudah dikemukakan adalah Tawau/010240/23 dan bukannya salinan yang disahkan,” katanya sambil menjelaskan salinan dokumen itu tidak boleh digunakan untuk tuntutan atau perbicaraan di mahkamah.

Bagaimanapun, Fakhrurrazi menyatakan pihaknya tiada bantahan terhadap satu lagi salinan laporan polis dikemukakan Abdul Gani kerana mempunyai nama dan tanda tangan pengadu.

Terdahulu, Amir Aiman ketika disoal Abdul Gani menyatakan dia tidak pernah membaca atau melihat laporan-laporan polis terbabit yang dikatakan dibuat keluarga tertuduh dan tertuduh.

Ketika pemeriksaan semula oleh Fakhrurrazi, saksi memberitahu pegawai yang menyiasat kes itu adalah Asisten Superintenden Yusman Shahri Marinsah, ketika diminta menjelaskan jawapan ‘ya’ terhadap soalan peguam bahawa dia sehingga hari ini tidak tahu siapa membunuh mangsa, walaupun sudah selesai menjalankan siasatan.

Prosiding perbicaraan akan bersambung 22 hingga 26 Januari depan.

Dalam prosiding ini, bekas Ketua Staf Perisikan ESSCOM, Datuk Mat Zaki Md Zain, 58, berdepan dua pertuduhan bersubahat dengan enam yang lain iaitu Rosdi Rastam, 44; Dennis Ak Anit, 44; Fabian Runggam, 43; Khairul Azman Bakar, 47; Mohd Azlan Sakaran, 39; dan Vivien Fabian, 34 (orang awam) membunuh Nurman Bakaratu, 61, di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5 antara 7.30 hingga 11.30 malam pada 13 Januari 2023.

Mat Zaki turut dituduh bersubahat dengan John Kennedy Ak Sanggah membunuh mangsa pada masa dan lokasi sama.

Dia dituduh di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama.

Tujuh tertuduh lain pula didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama.

BHonline-

Tags: kes bunuhlaporan polisPemandu E-hailing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa Ahli Parlimen PAS Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik...

Pemuda Pas Rancang Himpunan Pertahankan Tuanku Sultan Selangor

Pemuda Pas Rancang Himpunan Pertahankan Tuanku Sultan Selangor

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas merancang untuk mengadakan 'Himpunan Mempertahankan DYMM Tuanku Sultan Selangor' Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd